Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Kisah Youtuber jawab peperiksaan atas pokok didakwa palsu, dedah Timbalan Menteri



Sekiranya anda masih ingat lagi pada Jun lalu, kampung di Pitas, Sabah tular apabila Veveonah Mosibin selaku pelajar dari Universiti Malaysia Sabah (UMS) ‘terpaksa’ memanjat pokok di kampungnya semata-mata untuk mendapatkan capaian internet yang baik dalam membolehkan beliau menjalani peperiksaan.

Kisah Veveonah Mosibin ini bukan sahaja menarik perhatian para netizen malah turut menjemput ahli politik serta pihak bertanggungjawab untuk melawati kampungnya dalam usaha memberi bantuan serta menawarkan rangkaian internet yang lebih baik.

Dalam pada itu, siapa sangka dakwaan yang dibuat pelajar ini yang sanggup naik atas pokok demi merakam kisah ‘peritnya’ hanyalah sekadar hiburan dan suka-suka. Apa yang lebih mengejutkan, siasatan menunjukkan Veveonah tidak mempunyai sebarang peperiksaan sewaktu rakaman dibuat.




Kenyataan ini telah disahkan oleh Datuk Zahidi Zainul Abidin selaku Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia. “Veveonah merupakan seorang YouTuber dan tidak ada peperiksaan. Kita dah semak dah. Dia hanya YouTuber untuk ambil nama, dia terkenal sekejap dan dia buat hanya untuk hiburan.

“Ini perbuatan yang kadang-kadang kita tertipu dan kadang-kadang kita jangan mudah tertipu dengan Youtuber untuk membuat isu.

“Jadi, kita minta pihak berwajib yang tidak ada line atau blind spot, maklumkan pada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan kita akan segera atasi masalah tersebut terutamanya dari segi pendidikan,” katanya.




Susulan perkongsian video ‘kisah perit’ beliau di kampung juga turut mengundang pihak TM untuk menawarkan internet sehingga 300Mbps di kampung beliau pada Jun lalu.

Kehadiran YouTuber baharu yang berjaya mencipta nama serta memperoleh pendapatan antara yang menjadi dorongan buat Veveonah ‘mencuba nasib’. Dalam pada itu, kesilapan beliau yang sanggup menipu orang ramai mengenai kisah hidup beliau tidak sepatutnya dijadikan teladan apatah lagi apabila melibatkan pihak-pihak tertinggi dan bertanggungjawab. -TheVocket

BACA: Veveonah dedah jadual peperiksaan, buktikan dakwaan Tim Menteri tak betul