Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Laporan SPRM: MB Negeri Sembilan didakwa biarkan "Datuk Palsu" seleweng tanah Yayasan Negeri


Kenyataan Pengadu: Pada jam 11 pagi ini saya telah masuk ke SPRM Putrajaya untuk menghantar makluman lanjutan berkenaan kes penyelewengan dalam Yayasan Negeri Sembilan.

Salinan surat dan ringkasan kes saya kepilkan bersama.. namun beberapa dokumen seperti, surat lantikan, surat pemecatan, salinan kontrak dan beberapa dokumen lain tidak dapat saya sebarkan kerana tidak mahu mengganggu siasatan sprm.

Salinan lengkap juga saya hantar ke pejabat Perdana Menteri untuk perhatian beliau:


1. SPRM wajar menyatakan status kes ini bagi menghentikan watak tersebut terus berunding berkenaan tanah dan sebagainya dengan pemaju dan perbagai syarikat.

2. Menteri Besar tidak boleh cuci tangan atau lepas tangan. Watak Mat Ghazali (datuk palsu) ini dibawa oleh MB sendiri. Dia kawan lama MB. Lantikan ini dilihat sebagai payback. Kesungguhan MB bawa nama dia sehingga tidak perlu lalui tapisan keselamatan dll sehingga lepas pakai datuk palsu. Dia juga pakai kereta nama daftar MB. Timbul persoalan dia proksi MB.

3. Selepas jenayah Mat Ghazali iaitu pakai datuk palsu, kes pasir dan lain-lain diketahui ramai MB tidak buat laporan polis atau sprm sebaliknya terus diamkan. Kes pasir sehingga pemilik konsesi ambil tindakan undang undang ke atas kerajaan negeri.

Pengadu di hadapan SPRM Putrajaya setelah selesai buat laporan



4. Kes balak ni jelas muncul persoalan apa kepentingan MB bila MB sendiri mendahului lembaga pengarah lain memberikan sokongan kelulusan. Selalu amalan korporat chairman /pengerusi cuma turunkan tandatangan sokongan setelah semua proses selesai (pemutus akhir). Ini mengingatkan kita dengan kes kelulusan tanah di P.Pinang dimana LGE didakwa baru baru ini.

Dalam masa terdekat dengan semua maklumat yang ada sangat yakin Pengarah Yayasan Negeri Sembilan akan diambil tindakan oleh SPRM. Namun tindakan tidak boleh terhenti di situ dan MB tidak boleh cuci tangan begitu sahaja.

sumber: FB Chegu'Bard Original





Pada jam 11 pagi ini saya telah masuk ke SPRM Putrajaya untuk menghantar makluman lanjutan berkenaan kes penyelewengan...
Posted by Che'GuBard Original on Friday, 18 September 2020