Najib dedah kaitan skandal terowong, kondo mewah dengan kes pendakwaan terbaru Lim Guan Eng
ULASAN: Lim Guan Eng baru didakwa dengan dua tuduhan dia telah menyebabkan kerajaan Pulau Pinang melupuskan dua bidang tanah milik kerajaan negeri di Tanjong Pinang bernilai RM208.7 juta kepada syarikat terowong di mana dia dituduh ada 10% kepentingan serta dibayar RM3.3 juta tunai.
Tanah ini adalah sebahagian daripada bayaran untuk kos "laporan kebolehksanaan" yang mahal gila iaitu sebanyak RM305 juta!!
Kos kajian kebolehlaksaaan lebuhraya lebih tinggi dari kos kajian terowong dasar laut!
Tengok (rajah di bawah) bagaimana kerajaan DAP agihkan bahagian terbesar kos laporan RM305 juta kepada lebuhraya pertama projek terowong.
Kos Kajian Kebolehlaksaaan Lebuhraya lebih tinggi dari Kos kajian terowong bawah laut! |
Kos laporan kebolehlaksanaan bagi lebuhraya dengan kos pembinaan sebanyak RM377.6 juta adalah sebanyak RM120.4 juta berbanding kos laporan hanya RM96.2 juta sahaja untuk terowong bawah laut yang lagi rumit dengan kos pembinaan RM3.5 bilion.
Ya, kos laporan untuk membina jalan pertama berharga RM377.6 juta ialah RM120.4 juta atau RM12.4 juta bagi setiap kilometer!!!
Langkah ini dibuat kerajaan DAP untuk membayar lebih banyak wang kepada syarikat terowong dengan lebih awal kerana laporan terowong asyik tertangguh sejak 7 tahun lalu.!!
Sebab itu, tanah bernilai RM208.7 juta daripada jumlah kos RM305 juta telah selesai dibayar sejak tahun 2015 untuk kos laporan walaupun laporan bagi terowong tak pernah siap sehingga hari ini.!!
Dengan bayaran dalam bentuk tanah tepi laut yang lebih besar secepat mungkin maka syarikat terowong boleh lah siapkan pembinaan kondo-kondo mewah lebih awal untuk mengaut keuntungan.
Kerajaan DAP juga meluluskan projek kondo dua blok 40 tingkat bernilai RM800 juta syarikat terowong atas sebahagian dari tanah tersebut dalam masa 8 hari sahaja, sedangkan projek-projek rumah mampu milik memerlukan masa mencecah 500 hari untuk diluluskan:
https://www.facebook.com/najibrazak/posts/10157183579730952
Projek kondo mewah tepi laut fasa 1 itu sudah selesai dibina dan dijual dengan harga RM1,350 satu kaki persegi. Kebanyakan unit-unit dibeli warga asing.
Fasa 2 atas baki tanah tersebut pula bernilai RM1.2 bilion.
Pada akhirnya, kerajaan DAP Pulau Pinang akan memberi tanah kerajaan tepi tanah seluas 110 ekar bernilai RM6.3 bilion serta konsesi tol 30 tahun kepada syarikat terowong untuk membina projek hartanah kondo mewah bernilai RM40 bilion.
Dan kawan kita (Lim Guan Eng) ada kepentingan 10% dari RM40 bilion serta konsesi tol 30 tahun ini.
Sebab itu, syarikat amat kecil ini yang tidak layak dari segi kewangan telah menang tender RM6.3 bilion itu dan pernah membayar cash RM19 juta kepada seorang ahli perniagaan untuk cubaan hentikan siasatan SPRM.
Dan sebab itu juga projek terowong tidak pernah dibatalkan walaupun tiada kerja pembinaan pernah bermula sejak projek diberi 7 tahun dahulu pada tahun 2013.
Sumber: FB Najib Razak