PRN Sabah: Orang Sabah tak perlu bantuan BR1M dan PRIHATIN, boleh usaha sendiri -Shafie
Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) yang juga calon Warisan N.65 Senallang, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berucap pada Majlis Bersama Rakyat sempena kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-16 Sabah di Hakka Hall, Kota Kinabalu, Sabah.
Beliau menegaskan rakyat Sabah memerlukan jaminan peluang pekerjaan dan geran tanah adat, bukannya bergantung dengan bantuan kerajaan seperti BR1M dan PRIHATIN.
"Orang Sabah tidak perlu BRIM, orang Sabah tidak perlu bantuan Prihatin"
"Kita tidak mahu seribu, dua ribu ringgit yang dapat satu tahun sekali. Kita mahu pekerjaan yang boleh dapat pendapatan setiap bulan untuk keluarga."
Oleh itu katanya, pemberian geran tanah adat negeri kepada masyarakat bumiputera Sabah akan mampu menjamin kelangsungan hidup sekiranya mereka mengusahakan tanah-tanah itu untuk mendapatkan hasil.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Bersama Rakyat anjuran Warisan Plus di Kota Kinabalu malam tadi.
Untuk rekod, bantuan BR1M dan PRIHATIN bukanlah bantuan bulanan seperti gaji, tetapi ia adalah satu inisiatif daripada kerajaan yang pertama kali diilhamkan oleh bekas Perdana Menteri DS Najib Razak sebagai "bonus" untuk rakyat yang berpendapatan rendah (termasuk juga yang bekerja) seperti yang dinikmati oleh staff Kerajaan setiap setahun sekali dan ketika musim perayaan.
Dengan suntikan bantuan kewangan ini, ia terbukti dapat merancakkan lagi ekonomi setempat dan di dalam negara kerana rakyat mempunyai duit lebih untuk berbelanja.
Idea ilham dari bekas Perdana Menteri itu juga telah ditiru oleh negara Arab Saudi dan beberapz anegara yang lain.
-TunCarlos/MalaysiaGazette