Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Tiada jasa Mahathir selama 22 tahun dan 22 bulan kepada Sabah -Najib


Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mahu rakyat Sabah memilih untuk memberi kemenangan kepada calon-calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 26 September depan demi menyelamatkan negeri ini.

“Kita nak (hendak) calon-calon kita menang, kita nak Sabah terselamat dan masa depan lebih cemerlang dalam gagasan Malaysia dan hak-haknya tetap dipertahankan.

“PRN kali ini bukan ‘biashe-biashe tapi luar biashe’ (sebutan popular Najib untuk perkataan biasa)… Jadikan PRN kali ini sebagai pembuka tirai Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15. Kita rindu BN kembali ke Putrajaya.


“Dengan bermulanya PRN ini, biarlah Sabah membuka tirai PRU15 kerana budi parti keramat ini terlalu besar. Kita nak UMNO dan BN terus membela nasib rakyat seluruh negara.

“Kita bukan nak menang satu atau dua kerusi sahaja tetapi kita nak jadikan parti ini terkuat dan membawa masa depan lebih baik buat Sabah dan Malaysia,” katanya ketika berucap sempena perasmian Rumah UMNO Kalabakan di Jalan Utara yang menjadi Command Center BN Kalabakan.

Hadir sama, Menteri Besar Pahang Datuk Wan Rosdy Wan Ismail, calon BN DUN Tg Batu, Andi Muhamad Suryady Bandi dan calon DUN Kukusan, Chaya Sulaiman.


Dalam ucapannya, Najib juga berjaya mencuit hati penyokongnya apabila mengatakan Presiden Warisan, Datuk Seri Shafie Apdal “mengadu” kepada “atuk” (gelarannya kepada Tun Dr. Mahathir Mohamed) tentang kehadirannya ke Tawau.

“Presiden Warisan penyokong kuat ‘atuk’. Dia ngadu (mengadu) kat (kepada) atuk yang Najib datang Tawau (sempena penamaan calon). Dia call (telefon) macam budak sekolah ngadu kat cikgu. Dalam banyak-banyak pemimpin yang datang (Tawau), saya pula disebutnya. Takut Bossku ke?,” katanya sambil disambut gelak tawa.

Najib berkata, Mahathir tiada peninggalan sebagai kenangan untuk orang Sabah sepanjang 22 tahun berkuasa berbanding beliau yang kerap datang ke negeri ini sepanjang 9 tahun menjadi Perdana Menteri.


“Apa peninggalan atuk untuk Sabah? Tiada, senyap dan sepi. Orang India kata ‘ilek’. Kalau 22 tahun dan ditambah lagi 22 bulan tiada apa-apa, adakah kita nak (hendak) bagi Warisan lima tahun lagi (memerintah),” katanya.

Menurutnya, Sabah lebih pesat membangun semasa BN apabila kadar pertumbuhan ekonominya mencecah 8.2% pada 2017 tetapi menjunam kepada 1.5% pada 2018 apabila kerajaan Warisan dan PH mengambil-alih tampuk pemerintahan.

“Maknanya Warisan gagal. Nak sebut mereka ‘gagal keras’ pun boleh. Jadi, adakah kita masih menyokong orang (kerajaan) yang gagal. Kita mestilah mahu orang yang boleh membawa kebaikan kepada negeri dan negara kita,” katanya.

-BNnewsonline