260 kes baru, 16 mukim di Selangor kini zon merah
Kes baru Covid-19 setakat jam 12 tengah hari ini adalah sebanyak 260 kes, maklum Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.
Jangkitan baru ini merupakan kes harian tertinggi sejak 4 Jun lalu yang mencatatkan 277 kes ketika itu.
Sabah terus mencatatkan jangkitan tertinggi dengan 118 kes baru, diikuti Kedah dengan 98 kes, Kuala Lumpur (14 kes) dan Selangor (13 kes).
Sementara itu, sebanyak 31 kes penularan tempatan melibatkan mereka yang pernah ke Sabah.
16 mukin zon merah di Selangor
Sebanyak 16 mukim di enam daerah di negeri ini dikategorikan sebagai zon merah sehingga semalam.
Menurut kenyataan dikeluarkan Pasukan Khas Covid-19 Selangor (STFC) dalam laman Facebook berkata, mukim-mukim yang dikategorikan sebagai zon merah ialah Kapar, Klang, Ampang, Cheras, Hulu Langat, Kajang, Semenyih, Bukit Raja, Damansara, Petaling dan Sungai Buloh.
Manakala, lima lagi kawasan adalah Batu, Hulu Klang, Dengkil, Labu dan kawasan di Kuala Langat.
“Sehingga pukul 12 tengah hari semalam, sebanyak 10 kes baharu melibatkan 10 kes tempatan dicatatkan di negeri ini.
“Sebanyak 2,271 kes Covid-19 dicatatkan di seluruh Selangor secara keseluruhan dengan merekodkan 24 kematian,” kata kenyataan itu.
Tambah kenyataan itu, sebanyak 53 kes aktif direkodkan dan 39 kes melibatkan individu yang mendapatkan jangkitan di negeri lain.
“Setakat ini juga, kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau R-Naught (RO) bagi Selangor juga lebih tinggi daripada Sabah.
“Perkara ini sangat memerlukan kepatuhan prosedur operasi standard (SOP) yang tinggi bagi menurunkan semula jangkitan di Selangor termasuk penjarakan fizikal, memakai pelitup muka dan kerap membasuh tangan,” ujarnya.
PECAHAN KES BAHARU (260)
SABAH-118
74 kluster Laut
10 kluster Benteng LD
10 kluster Bangau-Bangau (1BWN)
11 saringan bergejala
6 saringan komuniti
1 kluster Bakau
1 BWN kluster Joo Hwa
1 kluster Sakong
1 saringan rujukan ke hospital
1 saringan pra pembedahan
1 saringan kontak rapat
1 BWN saringan masuk kerja
KEDAH-98
88 kluster Tembok (53 BWN)
5 saringan kontak rapat
3 kluster Bah Ketil
1 saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi
1 saringan bergejala
KL-13
12 saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi
1 saringan kontak rapat
SELANGOR-13
9 saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi
3 kluster Jalan Meru
1 saringan bergejala
JOHOR-5
4 kluster Bakawali
1 saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi
Putrajaya-5
4 kluster Selasih
Terengganu-2
2 saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi
Perlis-2
2 saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi
Melaka-1
1 saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi
Pahang-1
1 saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi
Pulau Pinang-1
1 saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi
-UTUSAN