Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

561 kes baru Covid-19 hari ini, 87% kes dari Sabah


Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan terdapat 561 kes baru Covid-19 setakat tengah hari ini.

Jumlah itu merupakan kedua tertinggi sejak bermulanya penularan Covid-19.

Kes baru tertinggi adalah pada enam hari lalu, iaitu pada 6 Oktober dengan 691 kes.

Sementara itu, sejumlah 133 lagi pesakit sembuh hari ini.

Ini bermakna secara keseluruhan negara setakat ini mencatatkan 15,657 kes positif dan 10,913 kes sembuh.


Pada masa ini, terdapat 4,589 kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 dan mereka sedang menjalani rawatan.

KKM juga memaklumkan terdapat dua lagi pesakit yang meninggal dunia, menjadikan jumlah keseluruhan korban kepada 157 orang (satu peratus daripada jumlah keseluruhan kes).





PECAHAN KES BAHARU (561)

SABAH-488
22 kluster Surat (baharu)
15 kluster Kasih (baharu)
13 kluster Khazanah (baharu)
438 lain-lain saringan COVID-19

SELANGOR-26
11 dari kluster sedia ada
5 saringan kontak rapat
3 kluster Sungei Way (baharu)
2 saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi
2 saringan individu bergejala
2 saringan pra pembedahan
1 import BWN tiba dari Arab Saudi


KEDAH-16
15 kluster Tembok
1 saringan kontak rapat 

KL-15
4 kluster Sungei Way (baharu)
2 saringan kontak rapat
1 saringan kendiri COVID-19
1 saringan bergejala
1 import WN pulang dari Indonesia
2 import BWN tiba dari Indonesia
2 import WN pulang dari China
1 import WN pulang dari Singapura
1 import WN pulang dari Kemboja

LABUAN-5
3 saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi
1 kluster Bah Bundle (baharu)
1 saringan masuk hospital 

JOHOR-3
3 saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi

MELAKA-3
3 saringan kontak rapat

TERENGGANU-3
2 saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi
1 saringan kontak rapat 

PERAK-1
1 saringan kontak rapat

P.PINANG-1
1 saringan kontak rapat

-TunCarlos