Covid-19: Pihak Penjara Pokok Sena Kedah hubungi Ebit Lew, kekurangan barang keperluan
Penceramah motivasi dan pendakwah terkenal, Ebit Lew hari ini mengesahkan telah mendapat surat dari Penjara Pokok Sena Kedah bagi meminta bantuan untuk warga penjara yang telah terpaksa dikuarantin.
"Sayu rasa. Pagi ini saya dapat surat dari Penjara HQ dan Penjara Pokok Sena memohon bantuan untuk warga penjara untuk mereka yang dikuarantin." ujar Ebit Lew di Facebooknya.
Ebit terus bergegas belikan dan uruskan lori untuk penghantaran ke penjara.
"Saya doakan lori bantuan selamat sampai. Saya tak kesana. Kita semua sebuah keluarga."
Menurut Ebit beliau selesai belikan keperluan untuk 200 orang. 200 tilam. 200 bantal, tuala dan cadar. Kipas 10 biji. Face shield 2000 buah. Barang-barang makanan dan jugs barang asas.
"Ya Allah selamatkanlah dan permudahkanlah buat warga penjara pokok sena dan Alor setar. Ya Allah selamatkan saudara kami di seluruh Sabah. Selamatkanlah kami semua ya Allah. Semua saudara kami yang sakit sembuhkan."
"Yang dijangkiti pulihkan. Yang kehilangan keluarga tersayang beri kekuatan kesabaran. Buat petugas negara barisan hadapan terus kuat dan diberi kekuatan."doa Ebit.
Pada 7 Oktober lalu, kes positif di Penjara Pokok Sena Kedah sahaja adalah sebanyak 64 orang.
sumber: FB Ebit Lew
Sayu rasa. Pagi ini saya dapat surat dari Penjara HQ dan Penjara Pokok Sena memohon bantuan untuk warga penjara untuk...
Posted by Ebit Lew on Thursday, 8 October 2020