Kawalan Rentas Daerah seluruh Sabah mulai jam 12 malam esok -Ismail Sabri
Kenyataan Rasmi Menteri Pertahanan Malaysia:
Kerajaan memutuskan untuk melaksanakan Kawalan Rentas Daerah di seluruh negeri Sabah yang akan berkuatkuasa mulai jam 12:01 malam 3 Oktober 2020 sehingga 16 Oktober 2020.
Namun begitu, perkhidmatan perlu (essential services) seperti keperluan bekalan makanan, perubatan, keselamatan dan lain-lain adalah dibenarkan untuk melakukan perjalanan rentas daerah.
Sepanjang tempoh ini, mereka yang sedang dikuarantin dan akan tamat tempoh kuarantin dibenarkan pulang ke daerah masing-masing atau pulang ke Semenanjung, Sarawak dan Labuan.
Walaubagaimanapun, Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Bersasar (PKPDB) di empat daerah iaitu Tawau, Lahad Datu, Kunak dan Semporna yang diumumkan sebelum ini kekal berkuatkuasa seperti biasa.
Sebarang maklumat lanjut akan dimaklumkan oleh kerajaan negeri Sabah melalui Jawatankuasa Bencana Alam COVID Sabah yang dipengerusikan setiausaha kerajaan negeri.
Kerajaan memutuskan untuk melaksanakan Kawalan Rentas Daerah di seluruh negeri Sabah yang akan berkuatkuasa mulai jam...
Posted by Ismail Sabri Yaakob on Thursday, 1 October 2020