Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Ketua Polis Johor sangkal dakwaan pemandu Myvi elak kenderaan berhenti


JOHOR BAHRU – Polis menyangkal dakwaan pemandu kereta Perodua Myvi mengelakkan kenderaan berhenti di depannya hingga terlibat dalam kemalangan mengakibatkan kematian di Kilometer 4 Jalan Johor Bahru – Kota Tinggi dekat sini semalam.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, rakaman video yang tular di media sosial jelas menunjukkan kereta dipandu wanita berusia 23 tahun itu merempuh kereta Honda Accord dinaiki mangsa hingga kedua-dua kereta terbalik.


Katanya, video tersebut turut membuktikan dakwaan wanita itu tidak benar sama sekali terdapat kereta lain di hadapan keretanya melainkan tindakannya memecut laju ketika sampai di lokasi kejadian.

“Dakwaan ada kereta berhenti di hadapannya, tidak benar. Dia memang laju.


“Ada banyak kesalahan yang dilakukan. Tidak mempunyai lesen kenderaan, cukai jalan tamat tempoh, positif methamphetamine (syabu) lagi,” katanya.

Pemandu Myvi

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar di sini hari ini selepas menghadiri Program Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bersama Pelanggan Dan Komuniti Kepolisian Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Utara (JBU).

Semalam, seorang anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Laskar Kanan Mohd. Rizal Buseri, 31, maut di tempat kejadian manakala Nur Fatin Nazrah, 23, dan Chang Ah May, 78, mengalami kecederaan ringan dalam kejadian kira-kira pukul 8.30 pagi itu.


 – K! ONLINE.