Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Liga Inggeris: Malam kelam buat Manchester United, kalah 1-6


Hasil perlawanan antara Manchester United dan Tottenham Hotspur diakhiri dengan menyaksikan anak-anak buah Ole Gunnar Solskjaer kalah teruk dengan skor akhir 1-6 pada perlawanan Liga Inggris malam tadi.

Harry Maguire, David De Gea, Paul Pogba boleh dikatakan adalah para pemain yang paling berdosa pada malam tadi.

Imej positif yang dibina Manchester United selama separuh kedua musim 2019/2020, ditambah dengan kelayakan mereka ke Liga Champions dengan menduduki tempat ketiga di Premier League musim lalu, hancur berantakan hanya dalam satu malam dengan kekalahan memalukan 1-6 di tangan Tottenham Hotspur. 


Kekalahan adalah satu perkara biasa dalam perlawanan liga, tapi dengan bolosnya enam gol seperti ini ia adalah sesuatu yang luar biasa.


Pengurus Spurs, Jose Mourinho berusaha keras untuk membalas dendam pada Manchester United (MU)dengan taktik permainan yang diterapkannya nampaknya berhasil dengan usaha anak-anak buahnya mendominasi bola sepnjang perlawanan..

Penguasaan bola Spurs mencapai 61% selama 90 minit di stadium Old Trafford, dengan 8 sepakan tepat pada sasaran dan 6 cubaan serangan yang tersasar.



Old Traffod sudah menjadi neraka sendiri buat Syaitan Merah hanya pada babak pertama sahaja.

Mengungguli terlebih dahulu adalah dari sepakan penalti Bruno Fernandes dari MU sebelum pertandingan memasuki minit kedua, namun kegembiraan Syaitan Merah hanyalah sementara sahaja.

Tottenham Hotspur membalas dengan dua gol dalam dalam selang tiga menit melalui Tanguy Ndombele (4′) dan kemudian Son Heung-Min (7′).

Keputusan gol perlawanan adalah seperti berikut: