KUALA LUMPUR: Selesai perjumpaan Dato Seri Anwar Ibrahim dengan YDP Agong tengahari tadi, beliau mengadakan satu persidangan media di hotel Le Meridien bagi menerangkan apa yang berlaku ketika pertemuan tersebut.
Presiden PKR Anwar Ibrahim berkata dia telah mempersembahkan dokumen sahih membuktikan sokongan lebih 120 ahli parlimen buatnya kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah dalam pertemuan pagi tadi.
"Ia mencecah lebih dari 120 (ahli parlimen).
Anwar Ibrahim setelah selesai perjumpaan di Istana Negara |
"Tapi oleh kerana Yang di-Pertuan Agong akan memanggil ketua-ketua parti, maka munasabah untuk kita bersabar, memberi ruang dan wewenang untuk YDPA memutuskan.
"Tak wajar tetapkan masa untuk YDPA memutuskan," katanya pada sidang media khas sebentar tadi.
Bagaimanapun Anwar beranggapan pentadbiran PN pimpinan Muhyiddin Yassin "sudah jatuh."
Menjelaskan lanjut, kerajaan baru yang bakal diterajuinya "masih tetap majoriti Muslim dan bumiputera."
"Tapi saya ingin tegaskan bahawa jaminan tentang hak semua warganegara tetap terpelihara," katanya lagi.