Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Muktamad, BN tak bertanding di PRK Batu Sapi -Zahid


Barisan Nasional (BN) memutuskan tidak menyertai PRK Parlimen Batu Sapi bagi membendung penularan wabak Covid-19, kata Pengerusinya, Ahmad Zahid Hamidi.

Ini kata beliau bagi membendung penularan wabak Covid-19 yang menyaksikan kes baru Covid-19 melonjak selepas PRN Sabah hingga mendorong pelaksanaan perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) di negeri itu.

“BN menyerahkan kepada kebijaksanaan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk memutuskan tempoh berkempen dan kesesuaian tarikh pengundian yang akan dilakukan kelak.

“Pada hemat BN, kesejahteraan dan kesihatan rakyat hendaklah menjadi keutamaan,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.


Semalam, veteran DAP Lim Kit Siang menyokong cadangan supaya Perikatan Nasional (PN) dan BN memberi laluan kepada Warisan untuk mempertahankan kerusi berkenaan.

Turut menyokong cadangan itu ialah Ketua Pemuda Umno Asyraf Wajdi Dusuki.

Umno Sabah juga hari ini berkata belum memikirkan sama ada akanmeletakkan calon ataupun memberi laluan mudah kepada Parti Warisan Sabah (Warisan).

Sebaliknya kata Ketua Umno Sabah itu, Bung Moktar Radin pihaknya kini memberi fokus kepada usaha mengekang penularan Covid-19 di negeri itu.