Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Polis pantau Plaza Low Yat, lokasi Alvin dan Addy Kana bantu sindiket Macau Scam


Polis mengesahkan pusat jualan alat telekomunasi di Bukit Bintang menjadi lokasi untuk penyediaan barangan komputer dan telekomunikasi kegiatan Macau Scam dan judi dalam talian yang dikaitkan dengan Alvin Goh dan Addy Kanna.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Huzir Mohamed berkata tugas Alvin sebagai pegawai keselamatan di plaza berkenaan memudahkan urusan kegiatan sindiket antarabangsa itu.

"Peranan Alvin dan Addy Kanna sebagai koordinator adalah mudah berdasarkan kepentingan Alvin di Plaza Low Yatt.

"Jadi pihak polis tidak menolak kemungkinan kelebihan yang dimiliki maka dia menjadi pilihan sindiket antarabangsa," katanya dalam sidang media di Bukit Aman, hari ini.


Pada 1 Okt lalu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memanggil artis yang dikaitkan dengan perniagaan minuman berperisa bersama seorang jutawan kosmetik bagi membantu siasatan kegiatan penggubahan wang haram yang dikaitkan dengan Macau Scam dan judi dalam talian.

Sehari selepas itu, SPRM menahan Addy Kanna dan isterinya, seorang ahli perniagaan dan teman wanitanya serta seorang lelaki warganegara China.

Kemudiannya pada 3 Okt, SPRM menahan Alvin di Plaza Sun, Bukit Bintang serta tiga yang lain.

Susulan siasatan ke atas mereka SPRM kemudiannya menahan dan memanggil lebih 15 pegawai dan anggota polis dari ibu pejabat polis kontijen (IPK), ibu pejabat polis daerah (IPD) Kuala Lumpur, Selangor dan Sarawak.


Turut ditahan, pegawai dan anggota dari JSJ dan jabatan siasatan jenayah komersial (JSJK) serta jabatan siasatan jenayah narkotik (JSJN) Bukit Aman dan kontinjen.

Penahanan mereka adalah bagi membantu siasatan selepas dipercayai melindungi aktiviti dan kegiatan Macau Scam, judi dalam talian dan penipuan pelaburan mata wang asing (Forex) yang berlangsung di China.

Sementara itu Huzir berkata, polis Kontinjen Kuala Lumpur turut memantau rapi dan melakukan pemeriksaan di plaza berkenaan yang dipercayai mempunyai kaitan dengan Alvin.

"Pada masa ini usaha memburu Alvin Goh sedang giat dijalankan selepas melarikan diri semasa dibebaskan dengan jaminan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),.

"Peranan Alvin dan Addy Kanna sebagai koordinator adalah untuk menyediakan kelengkapan komputer, internet, telekomunikasi dan kediaman serta logistik bagi memudahkan kegiatan Macau Scam dan judi online di China dapat dijalankan," katanya lagi. -MalaysiaKini