Shuib yang dipanggil SPRM, Siti Sarah hanya menemani -Pengurus
KUALA LUMPUR – "Alhamdulillah syukur, kami dipanggil hanya untuk beri kerjasama dan menjalankan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia" begitulah posting Siti Sarah di Instagram sekitar tengah malam semalam dipercayai setelah selesai disoal siasat oleh SPRM.
Apapun setelah dihubungi, pengurusan Siti Sarah dan Shuib Sepahtu tidak dapat membuat apa-apa kenyataan rasmi berhubung tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang memanggil pasangan selebriti itu semalam dengan alasan untuk tidak mengganggu siasatan dan menghormati sistem perundangan negara.
Pasangan suami isteri artis, yang juga usahawan terkenal adalah antara individu yang dipanggil bagi membantu siasatan berhubung kes pengubahan wang haram.
Nana Mohamad Rom berkata, untuk makluman hanya keterangan Shuib sahaja yang diambil oleh pihak SPRM manakala Sarah hanya menemani suaminya sahaja.
”Namun apa yang kami dapat pastikan adalah kerjasama sepenuhnya telah diberikan kepada pihak SPRM untuk membantu siasatan.
”Setakat ini sahaja penjelasan yang dapat kami berikan berkenaan isu ini kerana pihak kami turut masih menunggu perkembangan selanjutnya dari pihak SPRM,” katanya dalam satu kenyataan ringkas.
– MalaysiaGazette