Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Sokongan wakil rakyat UMNO kepada Anwar sudah bertambah


Sumber PKR mendedahkan bahawa presiden parti itu, Anwar Ibrahim masih mempunyai sokongan kukuh dan menyakinkan daripada wakil rakyat Umno, sebelum dia dijadual mengadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada Selasa depan.

Malah, katanya, sokongan ahli parlimen Umno kepada ketua pembangkang itu sudah bertambah berbanding pengumuman Anwar pada 23 September lalu.

"Ramai yang tanya betulkah Anwar mempunyai sokongan khususnya daripada Umno?

"Ya, beliau mempunyai sokongan yang kukuh dan meyakinkan daripada ahli parlimen Umno.


"Malah, saya boleh beritahu bahawa sokongan wakil rakyat Umno sudah bertambah jika dibandingkan (semasa) pada sidang media Anwar pada 23 September yang lepas," kata sumber itu kepada Malaysiakini.

Sumber yang rapat dengan Anwar itu tetapi tidak mahu identitinya didedahkan menegaskan bahawa anggota parlimen Port Dickson itu turut mendapat sokongan daripada ahli parlimen di Sabah dan Sarawak.

"Berkenaan berapa jumlah wakil rakyat dan siapa mereka, akan diketahui dalam masa terdekat. Harap semua bersabar.”

Terdahulu, hari ini Anwar mengesahkan bahawa dia akan mengadap Seri Paduka untuk mempersembahkan butiran bahawa dirinya  mempunyai sokongan majoriti di Dewan Rakyat.

“Saya ingin menjunjung kasih kerana Ke bawah Duli Tuanku telah memperkenankan untuk saya mengadap pada hari Selasa, 13 Oktober, Insya-Allah.

“Pada majlis mengadap tersebut saya akan mempersembahkan keterangan lengkap mengenai jumlah majoriti Ahli Parlimen yang kukuh dan meyakinkan seperti mana yang saya sebut sebelum ini,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

-MalaysiaKini/TunCarlos