Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

TERKINI: Zahid umum sokong Muhyiddin buat sementara


KUALA LUMPUR: UMNO mendokong penuh kerajaan Perikatan Nasional untuk sementara waktu bagi usaha meneruskan agenda membantu rakyat dan memulihkan ekonomi negara ketika berhadapan dengan ancaman gelombang baharu pandemik Covid-19.

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, menyeru semua pihak melakukan gencatan politik (political ceasefire) bagi memastikan agenda menangani Covid-19 dan membantu rakyat yang sedang dihimpit kesusahan diutamakan.

Dalam kenyataan media hari ini, UMNO turut mengumumkan komitmen semua anggota kabinetnya untuk membantu rakyat mengikut kemampuan dan potfolio masing-masing.

Ahmad Zahid turut menegaskan bahawa semua kepimpinan parti (UMNO) yang berada dalam kabinet ketika ini memberikan sepenuh penumpuan kepada usaha untuk membantu rakyat dan meringankan beban yang ditanggung mereka akibat dampak ekonomi dan pandemik Covid- 19 kepada usaha untuk membantu rakyat dan meringankan beban yang ditanggung mereka akibat dampak ekonomi dan pandemik Covid- 19.


Ahmad Zahid mengakhiri kenyataan media dengan menggesa semua parti dalam Kerajaan Perikatan Nasional diperkasakan bagi menjamin kestabilan politik di saat negara menghadapi ancaman Covid- 19 dan ketidaktentuan ekonomi negara.

Berikut adalah kenyataan penuh media Presiden UMNO:



sumber: Suara.tv