Tidak sesuai saya putuskan sendiri halatuju tanpa persetujuan Majlis Tertinggi -Zahid
Setelah menerima pelbagai desakan dari pemimpin dan akar umbi UMNO mengenai halatuju UMNO samada untuk meneruskan kerjasama dengan Perikatan Naisonal atau pun tidak, Presiden UMNO Dato Seri AHmad Zahid Hamidi telah memutuskan untuk bawa isu ini ke dalam mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO dahulu.
"Halatuju parti selepas PRN Sabah akan dibincangkan dalam Biro Politik UMNO Malaysia dan akan dibawa ke Majlis Tertinggi UMNO. Ini soal penting. "
"Tidak sesuai saya bercakap atau memutuskannya tanpa persetujuan bersama. Ketika ini kita sedang melakukan post mortem menyeluruh. "
Menurut Zahid, semua pimpinan parti berpeluang memberikan pandangan dalam mesyuarat Majlis Tertinggi itu nanti.
"Semua pimpinan parti boleh memberikan pandangan dalam mesyuarat itu."
Halatuju parti selepas PRN Sabah akan dibincangkan dalam Biro Politik UMNO Malaysia dan akan dibawa ke Majlis Tertinggi...
Posted by Zahid Hamidi on Thursday, 1 October 2020
Sebelum itu, TImbalan Presiden UMNO, Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hasan pada hari ini telah mendesak agar pimpinan UMNO memberi keputusan segera mengenai halatuju parti itu setelah apa yang telah berlaku semasa Pilihanraya Sabah.
Mohamad Bin Haji Hasan |
"“Keputusan pilihan raya Sabah menunjukkan bahawa strategi dan kerjasama politik yang UMNO meterai tidak menguntungkan UMNO malah semakin memencilkan peranannya di Sabah.
"“Daripada sebuah parti yang menguasai Sabah selama 27 tahun, UMNO waktu ini hanya pemain politik terpencil dalam gabungan GRS (Gabungan Rakyat Sabah).
“Pengorbanan UMNO memberikan kerusi terkuatnya kepada parti tertentu telah menjejaskan kekuatan UMNO secara signifikan. Lebih menyedihkan, UMNO terpaksa berhadapan dengan calon bebas yang ditaja oleh pihak berkepentingan untuk melemahkan UMNO. Janji yang dimeterai berkaitan potfolio Kabinet pun hampir dimungkiri.
“UMNO tidak boleh membiarkan episod pilihan raya Sabah menjadikan kedudukannya seperti kata pepatah, ‘biar alah sabung, asal menang sorak’,” ujar Mohamad Hassan lagi.
Justeru, telah tiba masanya Presiden UMNO (Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi) memberikan pedoman dan hala tuju jelas kepada parti dan semua ahlinya, tentang bagaimana kita harus meneruskan kerjasama dengan saingan politik, katanya.
-TunCarlos