Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Ular sawa baham 4 ekor ayam di Kuala Selangor berjaya ditangkap


KUALA SELANGOR – Bunyi bising dari sebuah reban membongkar penemuan seekor ular sawa yang kekenyangan selepas membaham empat ekor ayam dalam kejadian di Kampung Asahan, Bestari Jaya di sini.

Kehadiran reptlia sepanjang tiga meter dan seberat 15 kilogram itu disedari pukul 8.30 pagi oleh pemilik ayam berusia 40-an sebelum menghubungi pihak berwajib.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam (APM) Kuala Selangor, Leftenan Muda (PA) Suzaini Sulaiman berkata, beliau bersama dua anggota bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan pukul 8.35 pagi.

“Setibanya di belakang rumah tersebut mendapati empat daripada 10 ayam ternakan di reban tersebut telah dibaham ular berkenaan.


“Kami kemudiannya mengambil masa selama lapan minit untuk menangkap reptilia itu menggunakan peralatan khas,” katanya ketika ditemui pemberita di sini, hari ini.

Suzaini memberitahu, ular itu dibawa ke pejabat APM Kuala Selangor dan akan diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) untuk tindakan lanjut.

Kata Suzaini, hujan dipercayai faktor ular kelaparan dan keluar untuk mencari makanan.

“Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada dan segera menghubungi talian kecemasan sekiranya menemui haiwan berbisa,” katanya. -K!ONLINE