Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

RM415 juta untuk bina kembali Bahtera Nabi Nuh


Kisah tentang  Nabi Nuh dan banjir besar yang diturunkan Allah merupakan salah satu kisah Nabi yang popular. Cerita mengenai Nabi Noh bukan sahaja popular di kalangan umat Islam, malah di kalangan penganut ajaran agama Kristian juga sehingga pernah diangkat menjadi filem Hollywood.

Dikisahkan pada zaman tersebut, Allah sangat murka terhadap umat nabi Nuh, sehingga akhirnya dibersihkan bumi dengan menurunkan hujan dan banjir yang besar. 

Namun, kerana rasa kasih sayang kepada Nabi Nuh, Allah memberikan peringatan terlebih dahulu kepada baginda untuk membina sebuah kapal yang besar agar dapat memuatkan sebanyak-banyaknya manusia yang patuh kepadaNya, tumbuhan, makanan dan haiwan.


Kini "Noah's Ark" ataupun bahtera Nabi Nuh telah dibina semula mengikut imaginasi arkitek-arkitek dari barat dan kini ia telah dibuka kepada pengunjung di Kentucky, Amerika Syarikat. 

Projek ini memakan belanja sebanyak 100 juta Dolar AS atau sekitar RM415 juta . Wang tersebut datangnya hasil dari sumbangan derma dan dana dari seluruh dunia.

Hal yang paling menarik adalah replika kapal legenda ini dibangun dengan dimensi yang sama seperti yang tertulis di dalam Kitab Injil mereka. Replika ini memiliki panjang 510 kaki, lebar 85 kaki, dan tinggi 51 kaki.

Saat masuk ke dalamnya, anda akan disajikan dengan pemandangan dari berbagai patung manusia dan haiwan yang dipercayai wujud di zaman tersebut mengikut imaginasi mereka bagi menggambarkan apa yang berlaku di dalam kapal dalam kisah Nabi Nuh. 

Selain itu, anda juga boleh membeli cenderahati dari kedai cenderahati dan mengisi perut di kafe yang terdapat dalam bahtera itu.

"Arkitek kapal ini benar-benar membawa keajaiban lagenda zaman lampau ke dalam dunia sekarang, terbukti dari semua detail yang terlihat di kapal ini," cerita salah satu pengunjung kapal Noah.





































sumber:  Lloyd Mallory/kyvette raquipo miley