Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Al-Jazeera dedah Jho Low hanya pandai salahkan Najib, tapi tak berani pulang hadapi mahkamah

Jho Low dan Mary Ann Jolley

SELASA: Al-Jazeera mendakwa mereka telah mendapat pita rakaman suara seorang lelaki yag mereka dakwa ahli perniagaan yang dalam buruan akibat menipu Kerajaan dan bekas Perdana Menteri Malaysia iaitu Low Taek Jho atau Jho Low.

Menurut Al-Jazeera, mereka mendapati bahawa Jho Low hanya menuding kesalahan terhadap Najib tetapi tidak mahu berhadapan dengan keadilan,

Jho Low juga mendakwa telah mencapai persetujuan untuk menjual asetnya dan menyelesaikan tuntutan mahkamah 1MDB dengan Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat, tetapi di dalam rakaman itu Low menuduh pentadbiran perdana menteri ketika itu, iaitu Najib tidak mahu mendedahkan dokumen kerana boleh membabitkan dirinya.

Rakaman tersebut didedahkan Al Jazeera dalam dokumentari "Hunt for a fugitive" bersama hos mereka iaitu Mary Ann Jolley


Sehari selepas serbuan di rumah dan hartanah milik Najib atas arahan Kerajaan Pakatan Harapan selepas pilihan raya umum Mei 2018, Low mendakwa telah memulakan komunikasi dengan kerajaan perdana menteri baru Dr Mahathir Mohamad.

Low, dalam rakaman audio yang dibuat antara Mei dan November 2018, juga ingin menunjukkan bahawa tanggungjawab dana 1MDB yang lesap terletak di tempat lain dan mendakwa bahawa sebelum pilihan raya Amerika Syarikat, dia telah berada di ambang perjanjian dengan kerajaan AS.

"Pada dasarnya saya setuju untuk menyerahkan semua aset, AS menjualnya dan wang akan digunakan untuk membayar balik bon dolar AS secara langsung."


"AS tidak mempercayai kerajaan Malaysia sehingga mereka mengatakan mereka tidak akan memulangkan kembali wang itu," dakwa Low.

Jho Low mendakwa Najib bimbang akan dikenakan hukuman jika beliau bersetuju untuk memberikan kembali aset tersebut.

"Sekiranya saya menandatangani perjanjian itu, maka kerajaan (baru) Malaysia boleh berkata,'adakah anda pada dasarnya mengatakan bahawa wang itu berasal dari 1MDB?' Saya memberitahu mereka ia berbeza di AS, anda boleh menandatangani perjanjian penyelesaian yang tidak mengakui kesalahan. "


Tema berterusan kenyataan Low yang dirakam adalah keengganannya untuk mengakui melakukan kesalahan dan menjalani hukuman penjara, serta menuding pertanggungjawaban kepada Najib.

Low menggambarkan dirinya bersikap telus dan bersedia membuat perjanjian.

"Saya senang bercakap melalui WhatsApp, sembang video kerana saya benar-benar telus. Sekiranya anda semua perlu merakam, tidak mengapa. Saya tidak mempunyai masalah," katanya kepada kontak yang tidak dinamakan oleh Al-Jazeera itu.

Low juga pada ketika itu mendakwa bahawa lebih daripada AS$ 1 bilion (RM4.11 bilion pada kadar pertukaran hari ini) yang masuk ke dalam akaun bank peribadi Najib berasal dari 1MDB dan bukan derma dari keluarga diraja Arab Saudi.


Dia mendakwa "sumbangan" dari Arab Saudi itu hanya berjumlah "sebahagian kecil" sahaja dibandingkan dengan jumlah yang didapatkan dari 1MDB.

"Kenyataannya, memang benar bahawa Raja Abdullah benar-benar setuju untuk memberikan derma kepada PM tetapi itu adalah bahagian kecil daripada bahagian yang lebih besar.

Untuk rekod di dalam perbicaraan 1MDB di Malaysia, mahkamah telah dibuktikan dengan dokumen yang mengesahkan dana daripada keluarga Di-Raja Saudi tersebut.

Al Jazeera juga menemuramah dengan ejen FBI yang sudah bersara, Bill McMurry yang mengetuai kes siasatan 1MDB ini.

McMurry berkata keterangan Jho Low dalam kes itu sangat menarik.


"Ini benar-benar 'kesalahan besar' bagi pegawai awam mengambil wang dari tangan orang yang anda pilih untuk berkhidmat dan kemudian melakukannya pada skala yang dilakukan dalam kes ini. Ia cukup memualkan."

"Kami (juga) sangat yakin bahawa kami akan dapat membuktikan penglibatan Jho Low dan kedudukannya dalam skim penipuan ini," kata McMurry, yang kini bersama syarikat risikan swasta.

Seorang lagi bekas ejen khas FBI, Debra LaPrevotte, yang juga terlibat dalam peringkat awal penyiasatan 1MDB, berkata dakwaan Low itu melucukan.

"Sekiranya tidak ada kesalahan, orang tidak akan memulangkan kembali aset, bukan begitu? 'Tidak akan ada aset yang akan dirampas'. Kenyataan ini lucu. Ia seperti, jika saya terus mengatakan kebohongan, mungkin ada yang akan mempercayai saya," katanya.



Al Jazeera melaporkan sumber di Malaysia dan Macau sebagai mengesahkan ahli perniagaan dalam buruan itu tinggal di sebuah rumah yang dimiliki oleh anggota kanan Parti Komunis China di Macau sejak sekurang-kurangnya Februari 2018.

Baru-baru ini pada November 2019, Low terbang dari Bangkok ke Dubai serta berhenti selama tiga hari di Ahmedabad di India. Dia dilaporkan menggunakan pasport dari Grenada.

Tetapi sehingga ke hari ini pihak Kerajaan Malaysia melalui Polis Di Raja Malaysia masih gagal menjejaki Jho Low dengan pelbagai alasan.

-MalaysiaKini/TunCarlos.com