Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Alasan tidak bangun bersama Mahathir, Anwar tak mahu dilihat menolak insentif rakyat


Presiden PKR, Anwar Ibrahim berkata dia telah meminta Presiden Amanah, Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng untuk tidak melakukan undi belah bahagi pada Belanjawan 2021 hari ini.

Ini kerana kata Anwar, dia tidak mahu dilihat menolak insentif baru yang diumumkan oleh Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz.

"Walaupun Lim dan Mohamad Sabu mempunyai pandangan yang kuat, saya merayu mereka, berikan tugas itu, buat masa ini kita harus biarkan (belanjawan) terus berjalan," katanya kepada wartawan di lobi Dewan Rakyat hari ini.


Sumber memberitahu bahawa keputusan Anwar untuk tidak melakukan undi belah bahagi dibuat pada saat-saat akhir.

Berikutan itu berlaku satu pertemuan selama dua jam mengenai perkara itu yang dikatakan berlangsung 'panas'.

"Ia ambil masa lama sebab mereka (MP) sama ada hentam atau pertahankan dia (Anwar)," kata seorang ahli Parlimen Harapan yang hadir dalam mesyuarat itu.

"Keputusan Anwar jadikan semua orang berada dalam posisi yang sangat sulit," katanya.


Sumber berkata Presiden Amanah, Mohamad "geram dan kecewa" terhadap presiden PKR itu, manakala DAP "sangat tidak senang" dengan keputusan berkenaan.

Bercakap kepada wartawan, Anwar berkata keputusan hari ini bukan bermaksud Pakatan Harapan akan membenarkan belanjawan diluluskan pada peringkat jawatankuasa atau bacaan kali ketiga nanti.

"Kita telah buat keputusan untuk minta belah bahagi

"Seandainya beberapa kementerian bercanggah dengan pendirian kita dalam pengurusan kerajaan baik, penyelewengan, soal dasar. Ini kita mula dari hari Isnin," katanya.



PH katanya, juga ingin penjelasan lebih terperinci mengenai pengumuman terbaru yang dibuat oleh menteri kewangan hari ini.

Sementara itu, ketika ditanya sama ada dia mempunyai cukup majoriti di Dewan Rakyat, Anwar berkata: "Kita akan menyentuh soal itu bila tiba masanya (we will cross it at the right time)".

-MalaysiaKini