KENYATAAN TAN SRI ANNUAR MUSA:
Seketika dulu kita cemas dan rimas dgn cara pemerintahan DAP-led PH..Justeru kita ketepikan segala sentimen, kita muafakat..UMNO PAS, PPBM@tsmy, PKR@AA, MCA, MIC, PBRS, PBS, STAR, PBB@GRS..jatuhlah mereka. Dengan majoriti yang tipis kita jadi kerajaan.
Kini tidakkah kita perlu kuatkan lagi muafakat kita, perikatan kita, barisan kita? atau kita kembali berpecah?
Pada saya, jika mahu berjaya, jika mahu di percaya, pastikan kerajaan PN jadi kerajaan yang berjaya, kabinet yang bersatu, team yang berkerja, yang jujur dan setia..
Malangnya kini terdapat tanda tanda muncul pihak yang mahu berpecah belah.
DAP dan rangkaian kembali mendapat rentak seperti sebelum PRU14 yaitu pecahkan kesatuan kita, kerana yang paling di takuti mereka ialah jika UMNO PAS PPBM bersatu dan menentang PH secara dua penjuru.
Berhati-hatilah. AL-QURAAN mengajar kita supaya berpegang teguh pada tali Allah dan jangan bercerai berai. Islam mengingatkan kita jangan berbantah-bantah nescaya kita hilang kekuatan. Bangsa kita punya bidalan Bersatu teguh bercerai roboh..
Saya sendiri dituduh macam-macam hanya saya berharmoni dalam kabinet dan bernaung bawah pimpinan PM yang merupakan Presiden PPBM. Saya bertugas sebagai SUA BN dan MN yang menjaga hubungan baik dengan SUA PAS dan SUA PPBM.
Saya terus istiqamah atas dasar dan keputusan parti, yaitu kita menyertai kerajaan PN, SOKONGAN KITA EN BLOC, KITA TERIMA TSMY SEBAGAI PM, PAS DAN BERSATU RAKAN KITA DAN BAGI KITA, "NO DAP NO ANWAR"..
Saya tidak mau menoleh kebelakang. terus mara ke depan dengan dasar yang parti putuskan itu.
Berusaha padukan UMNO PAS PPBM sebagai teras politik penyatuan Melayu dengan muafakat lebih besar berbagai kaum bersama PN MN BN GPS GRS dan lain-lain friends of BN..adalah WAJIB bagi saya.
Ditakdirkan pegangan saya ini berbeza maka kita harus redha untuk berbeza...
Kita tidak akan biarkan DAP kembali berkuasa, atau cuba menguasai melalui politik "wayang cina/chinese opera".
Saya percaya mereka kini ada strategi lebih halus. Strategy TROJAN HORSE. Berpura-pura berada bersembunyi di belakang, tapi tetap berikhtiar agar PPBM UMNO PAS berpecah.
Bersatulah, Berpadulah..PN-BN-GPS-GRS..GABUNGAN NASIONAL. Inilah BARISAN KITA.
Sumber: FB Annuar Musa