Bersatu cadang wujudkan Majlis Presiden seperti PH
PETALING JAYA: Presiden PPBM, Muhyiddin Yassin, mencadangkan suatu Majlis Presiden seperti yang dibuat sebelum ini oleh Pakatan Harapan (PH).
Majlis Presiden ini akan dianggotai ketua-ketua parti dalam Perikatan Nasional, Barisan Nasional, Gabungan Parti Sarawak, dan Gabungan Rakyat Sabah.
Muhyiddin megeluarkan cadangan demikian kerana setiap Presiden parti boleh menyalurkan pandangan masing-masing untuk dipertimbangkan dalam pelaksanaan dasar
“Ini penting kerana tidak semua ketua parti berada dalam Kabinet justeru menerusi mesyuarat ini ketua parti boleh menyalurkan pandangan masing-masing untuk dipertimbangkan dalam pelaksanaan dasar,” katanya pada Ucapan Dasar Presiden sempena Perhimpunan Agung Tahunan Kali Ke-3 PPBM hari ini.
-FMT