Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Boss KWSP dapat kuliah percuma, Najib ajar cara kira simpanan pencarum


ULASAN NAJIB:
Boss KWSP membuat pengiraan semalam bahawa mereka yang ada simpanan RM10,000 dalam akaun KWSP hanya akan cukup untuk membiayai pendapatan RM41 sebulan sepanjang tempoh 20 tahun selepas mereka bersara.

Lain kata, mereka yang mengeluarkan RM10,000 daripada akaun KWSP hari ini akan kerugian sebanyak RM41 sebulan selepas mereka bersara.

Boss KWSP juga kata seramai 43% atau 5.38 juta ahli berusia bawah 55 tahun mempunyai simpanan kurang daripada RM10,000 dalam Akaun 1.


Dia kata ini berpunca daripada gaji asas yang rendah sekitar RM550 sebulan sebelum kerajaan melaksanakan gaji minima.(Sebab itu, kerajaan  BN masa saya PM buat gaji mimina walaupun PM4 bantah dan kita sering beri dividen tahunan paling tinggi sejak 20 tahun lalu).

Komen saya:

1. Pada saya, kerugian pendapatan RM41 sebulan selepas bersara bagi mereka yang keluarkan RM10k sekarang tak seberapa membantu. Apa yang kita boleh beli dengan RM41 sebulan?

Mereka yang ingin keluarkan RM10k sekarang adalah golongan yang faham mereka mempunyai baki simpanan yang cukup dan mereka yakin akan dapat menambah kembali simpanan mereka pada masa depan selepas krisis Covid berakhir.


2. Keadaan sudah berubah sekarang di mana kita sudah ada gaji minima RM1,200. Mari kita buat pengiraan mudah:

Kadar caruman KWSP untuk majikan = 13% (12% bagi mereka yang gaji bulanan melebihi RM5,000)
Kadar cauruman KWSP untuk pekerja = 11% (tapi telah dikurangkan ke 7% bagi tahun ini)
Menjadikan kadar caruman KWSP bagi pekerja bergaji bulanan RM5,000 ke bawah sebanyak 24%.

Maka dalam setahun,

- Jumlah simpanan pencarum bergaji RM1,200 (gaji minima) = 23% X RM1,200 X 12 bulan = RM2,419
- bergaji RM2,000 sebulan = 23% X RM2,000 X 12 bulan = RM4,032
- bergaji RM3,000 sebulan = 23% X RM3,000 X 12 bulan = RM6,048

Maka simpanan KWSP dalam tempoh masa 5 tahun sebelum mengira dividen tahunan atau kenaikan gaji adalah sebanyak:

- Gaji RM1,200 = RM12,096
- Gaji RM2,000 = RM20,160
- Gaji RM3,000 = RM30,240

Sekejap saja, simpanan KWSP mereka mampu memulih jika ekonomi bertambah baik selepas Covid dan negara dijaga oleh mereka yang bukan akauntan gagal atau tipu sijil.

Itupun sebelum kerajaan mula membantu.


Seperti dalam perbahasan saya hari itu, tanggungjawab kerajaan bukan untuk menafi pencarum dari mengakses wang milik mereka sendiri pada masa mereka paling terdesak. 

Fokus kerajaan pula ialah mencari jalan untuk memulihkan dan memastikan pencarum dengan baki simpanan yang rendah dapat menambah simpanan mereka dengan kadar paling cepat. Supaya sewaktu mereka bersara nanti, simpanan di dalam Akaun 1 akan mencukupi.

Perkara ini boleh dilakukan dengan tiga cara iaitu:

Pertama, selepas Covid kerajaan boleh membantu KWSP untuk meraih pendapatan yang lebih dengan memberi projek lebih lumayan kepada KWSP. Contohnya, sebelum ini projek KWASA Land atas tanah Lembaga Getah Malaysia dan projek Battersea di United Kingdom serta pemilikan 49% di dalam syarikat PLUS. Bukan diberikan kepada kroni.



Kedua, menaikkan semula kadar caruman bulanan majikan dan pencarum.

Ketiga, mengubah struktur pembayaran dividen kepada struktur berperingkat dengan izin “multi-tier dividend structure” di mana baki simpanan yang lebih rendah akan terima dividen yang lebih tinggi supaya pembahagian keuntungan KWSP akan lebih memihak kepada pencarum yang mempunyai baki simpanan rendah.

sumber: FB Najib Razak

Boss KWSP membuat pengiraan semalam bahawa mereka yang ada simpanan RM10,000 dalam akaun KWSP hanya akan cukup untuk...

Posted by Najib Razak on Thursday, 12 November 2020