Mons Rumker di utara Oceanus Procellarum atau Lautan Ribut, iaitu kawasan belum pernah diterokai sebelum ini bakal menjadi lokasi pendaratan prob penyelidikan angkasa lepas China, Chang’e-5.
Terdahulu, prob itu berjaya memasuki orbit yang disasarkan selepas dilancarkan dari tapak pelancaran di Wenchang, wilayah Hainan pada 4.30 pagi Selasa menerusi roket pembawa Long March-5.
Roket Long Mach-5 |
Kedudukan Oceanus Procellarum/Lautan Ribut jika dilihat dari bumi |
Mons Rumker terhasil daripada letusan gunung berapi pada zaman lampau di bulan, dipilih menjadi lokasi pendaratan Chang’e-5 kerana batu bata dan tanah di situ mempunyai sejarah sekitar 1.2 bilion tahun, iaitu lebih muda berbanding batu bata dikutip dari lokasi mendarat semasa misi ekspedisi Apollo dikendalikan NASA (1963-1972).
Chang’e-5 membawa misi mengumpul dan membawa pulang sampel batu dari bulan ke bumi yang kemudiannya akan diselidik oleh saintis.
Hasil penyelidikan dipercayai akan memberi pengetahuan lebih mendalam berhubung aktiviti gunung berapi di bulan, selain mengenali evolusi bulan serta sejarah sistem suria.
Misi eksplorasi Chang’e-5 dibahagikan kepada 11 fasa penerbangan yang dijadual mengambil masa selama lebih 20 hari untuk diselesaikan.
- Bernama