Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Dari awal KKM nasihat pilihanraya harus dihindari, sebanyak mungkin -Noor Hisham

 

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyambut baik keputusan kerajaan untuk mengisytiharkan darurat di kawasan parlimen Batu Sapi, sejurus dapat menghentikan pilihanraya kecil (PRK) yang dijadual berlangsung dua minggu lagi.

“KKM dari awal risau sekiranya ada pilihan raya, PRK atau pilihanraya umum (PRU).

“Sudah menjadi nasihat kami bahawa pilihan raya harus dihindari, sebanyak mungkin. Ini adalah pandangan KKM," kata ketua pengarahnya Dr Noor Hisham Abdullah hari ini.


Dia berkata demikian bagi menjawab pertanyaan pemberita susulan perkenan Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah untuk mengisytiharkan darurat di Batu Sapi, Sabah.

Keputusan darurat itu turut dapat menghentikan PRK yang bakal dijalankan di kawasan Parlimen Batu Sapi, di mana tarikh pengundian telah ditetapkan pada 5 Disember.

Berdasarkan perlembagaan, pilihan raya harus diadakan dalam waktu 60 hari untuk melantik ahli parlimen baru selepas kematian penyandangnya, Liew Vui Keong bulan lalu.



Selain itu, Noor Hisham berkata, pilihan raya negeri (PRN) Sabah adalah contoh terbaik bagaimana kes Covid-19 boleh menular ketika pilihan raya diadakan.

“Kalau boleh, amat penting cegah satu lagi pilihanraya untuk cegah Covid-19 dalam negara kita” tambahnya.

-MalaysiaKini