Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Hyper-inflasi di Zimbabwe bukan disebabkan percetakan wang -Wan Fayhsal


Setelah teruk dikritik rakyat dan juga pakar ekonomi, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Wan Ahmad Fayhsal masih juga tetap dengan pendiriannya.

Beliau mendakwa ramai yang salah faham dan memberi andaian palsu terhadap idea "cetak wang" bagi mendepani masalah kewangan rakyat ketika pandemik.

"Nampak ramai salah faham dalam mengkritik berkenaan “pengampunan hutang” dan “penciptaan wang” yang saya kupas tempoh hari dalam Bahasa Inggeris dalam siaran BFM."dakwa Wan Fayhsal.


"Jujur tajuk ini memang teknikal dan perlu perbincangan lanjut dan asas tentang asal usul wang, dan perbankan moden."

"Kalau tidak jelas, maka jadilah andaian-andaian palsu kononnya akan berlaku hiper-inflasi seperti Zimbabwe."ujarnya lagi

"Ini tidak tepat seperti yang dijelaskan dalam makalah yang diterangkan oleh Biro Ekonomi Armada Nasional di bawah. Silakan baca untuk fahami lebih lanjut."

Menurut artikel yang dikongsikan Facebook Biro Ekonomi Armada itu, teori tersebut mencadangkan kerajaan untuk mengawal (cukai) dan mencetak mata wang sendiri bagi tujuan perbelanjaan pembangunan infrastruktur, dan pembayaran hutang di dalam matawang itu sendiri. 


Mengikut teori itu juga, hyper inflasi yang berlaku di Zimbabwe bukan disebabkan percetakan wang oleh kerajaan. Robert Mugabe telah mengusir petani kulit putih keluar dari negaranya dan memberikan tanah-tanah pertanian kepada askar beliau sebagai hadiah.

Namun malang sekali apabila tanah-tanah ini tidak dapat diusahakan akibat dari kejahilan bekas-bekas tentera Mugabe dalam ilmu pertanian, ia menyebabkan kekurangan mendadak dalam pengeluaran makanan menyebabkan permintaan meningkat tinggi sekaligus menyebabkan inflasi. 

Menurut teori itu lagi, defisit kepada kerajaan adalah kelebihan (surplus) kepada rakyat. 

Sebagai contoh, kerajaan membelanjakan RM100 kepada rakyat dan mencukai semula RM90 daripada pemberian tersebut. Secara dasarnya kerajaan telah hilang RM10 tetapi rakyat dalam satu sisi yang lain telah memperoleh RM10 tersebut. 


Ini bermakna, jika Bank Negara mencetak RM100 dan memberi kepada poket rakyat, kerajaan perlu mencukai semula sebanyak 90% daripada RM100 yang diberi agar ringgit dapat dikawal dan mengelakkan berlakunya masalah inflasi.

Apa pendapat kalian tentang idea ini?

Menurut penulis jika kerajaan mencetak wang dengan banyak, sememangnya ia akan memberi lebihan wang di dalam poket rakyat. Tetapi nilai matawang Ringgit akan jatuh mendadak dan menyebabkan barang keperluan meningkat.



Ini adalah kerana kita masih bergantung daripada barangan keperluan yang diimport dari negara luar seperti beras, sayur-sayuran, ikan dan lain-lain lagi. 

Dengan peningkatan harga barangan dan juga perkhidmatan, setiap unit mata wang cuma dapat membeli barangan dan perkhidmatan dalam jumlah yang kurang daripada sebelumnya, dan inilah yang dinamakan INFLASI.

-TunCarlos.com

Nampak ramai salah faham dalam mengkritik berkenaan “pengampunan hutang” dan “penciptaan wang” yang saya kupas tempoh...

Posted by Wan Ahmad Fayhsal on Wednesday, 18 November 2020