Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Isu berita "Pekan khianat pada rakyat", MalaysiaKini mohon maaf pada Shahidan



Semalam, Malaysiakini dan beberapa lagi media terkhilaf dengan melaporkan Shahidan menyifatkan siapa sahaja yang menolak Belanjawan 2021, termasuk “kawasan saya dari Pekan (Najib)”, sebagai “khianat rakyat”.

Untuk rekod, hansard parlimen menunjukkan anggota parlimen Arau Shahidan Kassim tidak menyebut bekas perdana menteri Najib Razak dianggap khianat rakyat jika menolak Belanjawan 2021.

Shahidan sebaliknya merujuk kepada bekas menteri kesihatan Dzulkefly Ahmad.


Berikut apa yang disebut Shahidan:

"Sesiapa sahaja yang menolak bajet ini termasuk kawan saya bekas menteri kesihatan, tolak bajet, khianat rakyat sebabnya rakyat sedang menunggu."

Shahidan berkata demikian ketika Dzulkefly beberapa kali cuba mencelah perbahasannya di parlimen semalam.

MalaysiaKini telah memohon maaf kepada Shahidan di atas kekhilafan mereka mengenai perkara tersebut di dalam artikel terbaru mereka.



Shahidan turut memperjelaskan perkara itu di media sosialnya.

“Saya sebut bekas menteri kesihatan bukan Pekan menteri kesihatan. Sebutan orang utara bekaih@bekas. Mereka sudah mainkan cerita konon saya sebut Pekan,” katanya.

Dato Seri Najib Razak juga telah kongsi posting Shahidan di Facebooknya.

-TunCarlos.com