Kes Bunuh: Ebit Lew ziarah keluarga arwah Siti Nur Surya
"Sayu pilu sangat rasa hati perginya adik Siti Nur Surya. Sampai jer rumah mereka. Ayahnya terus datang peluk saya menangis. Terharu ustaz hadir ke sini. Saya pun tak tahan rasa sedih. Ya Allah."
Itulah luahan pendakwah terkenal Ustaz Ebit Lew selepas melawat keluarga allahyarham Siti Nur Surya yang meninggal dunia selepas didakwa dibunuh pada 1 November lalu.
Perkara itu dimuat naik Ustaz Ebit menerusi laman Facebook miliknya bertujuan berkongsi perkembangan terkini dan keadaan semasa keluarga terbabit selain mengurangkan kesedihan yang dialami.
Ebit lew juga turut berkongsi luahan perasaan bapa kepada allahyarhamah.
"Saya tak dapat lupa ustaz. Air mata asyik mengalir jer cerita tentang arwah. Arwah anak baik. Beliau selepas SPM sentiasa jaga maknya yang sakit kanser. Boleh urus seorang diri dibantu adik perempuannya tingkatan 3. Sanggup korban belajar sebab nak jaga mak dekat rumah. Mandikan dan uruskan mak nya sentiasa."
"Maknya kenal saya. Katanya selalu tengok saya walau dalam keadaan tak sihat."ujar Ustaz Ebit.
"Beratnya ujian mereka. Tadi berkongsi kisah Nabi Yakob as kehilangan Nabi Yusuf as. Kisah ujian Nabi saw yang kita cintai.
"Dapat berdoa bersama semua ahli keluarga. Saya beri sedikit sumbangan. Semoga Allah beri kekuatan buat seluruh ahli keluarga."
-FB Ebit Lew
Sayu pilu sangat rasa hati perginya adik Siti Nur Surya. Sampai jer rumah mereka. Ayahnya terus datang peluk saya...
Posted by Ebit Lew on Wednesday, 4 November 2020