Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Kes tembak di sempadan, 3 lagi warga Thailand ditahan


Pihak berkuasa Thailand telah menahan tiga lagi rakyatnya dipercayai terlibat dalam kejadian berbalas tembakan di sempadan Malaysia-Thailand, di Perlis, mengorbankan seorang anggota polis Malaysia hari ini.

Komander Divisyen ke-5 Infantri Thailand, Mejar Jeneral Santi Sakuntanak berkata ketiga-tiga suspek, seorang dalam keadaan kritikal manakala dua lagi mengalami kecederaan, kini ditahan untuk siasatan lanjut.

“Kami akan memudahkan pihak berkuasa Malaysia dalam siasatan ini,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi.

Keadaan di Post TS9 yang berdekatan dengan kawasan kejadian


Bagaimanapun, Santi tidak mendedahkan di mana suspek berkenaan ditahan.

Seorang anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) terkorban manakala seorang lagi cedera parah dalam kejadian berbalas tembakan itu antara anggota PGA dengan dua kumpulan penyeludup di sempadan Malaysia-Thailand di Perlis hari ini.

Koperal Baharuddin Ramli meninggal dunia di tempat kejadian manakala Koperal Norihan a/l Tari yang mengalami kecederaan parah dirawat di Hospital Tuanku Fauziah di Kangar.

Beg berisi barangan seludup yang berjaya dirampas


Siasatan awal mendapati kedua-dua anggota PGA itu yang terlibat dalam tugas risikan di lokasi berkenaan apabila mereka bertembung dengan dua kumpulan penyeludup terdiri daripada rakyat tempatan dan warga asing.

Santi berkata Komander Wilayah 4 telah menghantar surat kepada pejabat Penyelarasan Sempadan Thailand-Malaysia untuk mengucapkan takziah kepada keluarga anggota PGA yang terkorban dan anggota yang mengalami kecederaan dalam insiden itu.

- Bernama

Pagar sempadan yang selalu dipanjat penyeludup