Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Najib dedah rakaman video bukti Shafie Apdal penyebab kes Covid meningkat di Sabah

 


ULASAN NAJIB: Tonton cara PH Plus cuba cuci tangan dan salahkan BN untuk Covid menganas di Sabah dan seluruh negara.

PH dan Shafie masih bertegas bahawa mereka TERPAKSA bubar DUN Sabah dan mengadakan pilihanraya.

Namun, PH dan Shafie patut ingat sejarah ini:

1: Shafie rampas kuasa Musa Aman dengan ambil ADUN BN, tiada pun DUN dibubar.

2: Musa Aman cuba rampas kuasa Musa Aman, DUN dibubar pula.


Adakah Shafie berhak merampas kuasa dari Musa Aman, tapi Musa Aman tak berhak buat yang sama pada Shafie?

3: Lagipun, kerajaan negeri sudah bertukar tangan 5 kali selepas PRU14 tanpa DUN dibubar sebelum Shafie bubarkan DUN Sabah.

4: Di Sabah pada tahun 2018 dan di Johor, Melaka, Perak dan Kedah pada tahun 2020. Tak ada pun DUN 5 negeri ini TERPAKSA dibubar untuk PRN pula.


Satu lagi tuduhan penyokong PH ialah Musa Aman sogok ADUN Warisan Plus untuk lompat walaupun mereka tak ada bukti sogokan ini berlaku dan tak buat laporan polis pun.

Tapi yang lompat ke Musa Aman tahun ini adalah wakil-wakil rakyat dari DAP, PKR, UPKO dan Warisan.

Adakah apa yang dimaksud PH ialah wakil-wakil Rakyat DAP, PKR, UPKO dan Warisan memang mudah di rasuah kah?

sumber: FB Najib Razak