Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Najib sambut baik keputusan PN sambung projek RTS setelah dilambatkan Tun Mahathir



ULASAN NAJIB: 

Syabas kerajaan di atas pelancaran projek rel Rapid Transit System (RTS) JB ke Singapura semalam.

Projek yang dirancang, dirunding dan dipersetujui oleh kerajaan BN dahulu dengan kerajaan Singapura akan memendekkan perjalanan merentas sempadan kepada 5 minit sahaja berbanding berjam-jam lamanya sekarang.

Ianya juga akan mewujudkan 17,000 pekerjaan baru secara langsung dan tidak langsung serta menaikkan kadar pertumbuhan ekonomi negeri Johor.


Malangnya, tarikh operasi tren RTS sudah ditangguh dua tahun ke tahun 2026 berbanding tahun 2024 seperti jadual asal setelah dilambatkan kerajaan PH.

Projek LRT3 Klang ke Bandar Utama juga sepatutnya siap pada tahun 2020 ini tetapi telah dilambatkan ke tahun 2024.

Secara amnya, pembangunan negara telah terbantut selama dua hingga empat tahun akibat PH mengambil alih kerajaan pada PRU14.

Hakikatnya, projek yang mampu diwujudkan PH cuma projek kasut hitam, projek terowong ajaib serta kempen minum sesudu sawit.

sumber: FB Najib Razak

Syabas kerajaan di atas pelancaran projek rel Rapid Transit System (RTS) JB ke Singapura semalam. Projek yang...

Posted by Najib Razak on Monday, 23 November 2020