Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Pesawat mendarat cemas di Lebuhraya PLUS, kini ditunda ke lokasi selamat


Dua juruterbang warganegara Singapura dilaporkan berada dalam keadaan stabil setelah pesawat ringan kendalian mereka membuat pendaratan cemas di Lebuh Raya Utara Selatan (Plus) (arah selatan) dekat Sedenak, Johor pagi tadi.

Ketua Pegawai Eksekutif Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) Kapten Chester Voo berkata pesawat persendirian yang dikendalikan Premier Air Singapore itu sedang dalam penerbangan dari Senai ke Melaka semasa kejadian.

"Menara Kawalan Trafik Udara CAAM Johor menerima panggilan pada 10.40 pagi daripada juruterbang pesawat yang memohon untuk berpatah balik ke Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Johor Bahru oleh kerana menghadapi masalah teknikal," katanya dalam kenyataan.



Voo berkata pesawat ringan jenis Beechcraft Model 35 Bonanza itu telah dipindahkan ke lokasi yang tidak menghalang lalu lintas di lebuh raya.

Menurutnya pasukan mencari dan menyelamat telah menyelesaikan semua tugas-tugas yang diperlukan dan siasatan akan dilakukan oleh Biro Siasatan Kemalangan Udara di bawah Kementerian Pengangkutan.

- Bernama