Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

"Putera" Hikayat Gunung Ledang mohon maaf kepada Najib


Kenyataan Ahli Parlimen Pair Mas: "Saya dan Dato Seri Najib"

Ramai yang menurunkan komen di facebook memberikan respon terhadap ucapan saya di Parlimen beberapa hari lepas. Ada yang setuju dan saya akui, ramai juga yang tidak setuju. Lebih lanjut lagi, ada yang mengheret ia seolah-olah menjadi pertembungan PAS dan UMNO.

Saya kekal berpendirian, PAS dan UMNO perlu terus duduk bersama, dan sudah pasti, PPBM di bawah kepimpinan Tan Sri Perdana Menteri pun tidak boleh diketepikan. Apa juga pertembungan, meja rundingan tempatnya. Saya bukan pemimpin tertinggi, tidak ada dalam mana-mana jawatankuasa interparty, saya tentunya menyerahkan sepenuh kepercayaan kepada pimpinan parti saya untuk menentukan keputusan. Asasnya, PAS hendaklah terus bersama UMNO dan PPBM.


Adapun berhubung Dato Seri Najib, saya tetap akui beliau seorang pejuang. Kes-kes mahkamah yang dihadapi dilawannya di mahkamah tanpa berusaha untuk digugurkan (setakat yang saya tahu) kerana beliau kelihatan yakin dengan kebenarannya. Berjuang dengan fakta dan analisisnya. Pandangannya berhubung ekonomi sudah pasti melalui pengalamannya yang luas. 

Gambar yang dimuatnaik Ahmad Fadhli di FB beliau ketika bersama DS Najib Razak pada tahun 2019

Isu KWSP dan moratorium, pandangan beliau ada asas. Saya juga mempunyai pandangan, berdasarkan kajian rakan-rakan yang lebih arif. Soal pandangan siapa yang akan dipakai oleh kerajaan, itu terpulang kepada kerajaan. Dan saya yakin, apa jua keputusan nanti, ia untuk rakyat dan mengambil kira semua kepentingan.

Dato Seri Najib tetap saya hormati, dan pendiriannya meletakkan syarat untuk menyokong Belanjawan 2021, tetap saya tidak setuju. Pandangan saya, kita luluskan Bajet ini yang di dalamnya mengandungi wang untuk rakyat, frontliner, bayaran gaji, pelbagai peruntukan dan lain-lain. Jika tidak, bermula Januari 2021, semua perbelanjaan akan tergendala. 


Isu-isu kepentingan rakyat yang lain yang tidak tertakluk dalam Bajet 2021, kita minta berikan peluang kerajaan mengkaji dan umumkan dalam pelbagai pakej yang boleh dibuat selepas ini.

Dalam hal itu sahaja saya tidak bersetuju. Dan kerana itulah timbulnya contoh syarat Puteri dari gunung itu. Saya tidak bermaksud menyindir. Dan saya menyebutnya dengan penuh hormat. Jika ia mengguris, saya mohon maaf. Tetapi saya cuma bertujuan menyampaikan maksud dengan jelas.

Dato Najib bagi saya tetap seorang pejuang. Tidak ada apa-apa mengurangkan hormat saya kepada beliau. Dan isu ini, sudah tentu tidak sepatutnya diheret menjadi pertembungan UMNO – PAS. Jika ia berlaku, yang rugi nanti bukan sahaja kedua-duanya, tetapi rakyat. 


Saya kekal menghormati hubungan UMNO – PAS. Dan menyokong belanjawan 2021 tanpa syarat, dan menyeru semua MP yang berada di blok kerajaan untuk turut menyokong Bajet ini tanpa syarat. Bukan kerana Bajet ini sempurna, tetapi itulah yang terbaik untuk memastikan kestabilan negara. 

Jika anda bersetuju dengan saya, jauhilah komen-komen yang boleh membawa retaknya hubungan PAS - UMNO - PPBM. 

Dan sudah pasti saya tidak boleh menghalang komen yang tidak bersetuju dengan saya.

oleh: Ahmad Fadhli bin Shaari
Ahli Parlimen PAS PAsir Mas