Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Rekod terbaru 2188 kes hari ini, 4 kematian -KKM


STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA

Untuk pertama kalinya, pada 24 November 2020, negara kita  telah merekodkan kes harian mencecah angka dua ribu iaitu sebanyak 2,188 kes baharu. 

Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 58,847 kes. Manakala, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 pula adalah 14,353 kes. Tiada kes import yang dilaporkan pada hari ini.

Negeri Selangor masih lagi mencatatkan pelaporan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 1,623 kes (74.2 peratus). Ini diikuti oleh negeri Sabah iaitu sebanyak 232 kes (10.6 peratus) dan negeri Perak sebanyak 112 kes (5.1 peratus). 


Sebahagian besar daripada kes yang dilaporkan di negeri Selangor adalah daripada Kluster Teratai dengan pertambahan sebanyak 1,511 kes (93.1 peratus). 

Seperti yang telah dimaklumkan, pasukan perubatan dan kesihatan awam bantuan telah digerakkan ke kawasan yang terlibat bagi membantu segala aktiviti kawalan dan pencegahan termasuk saringan secara besar-besaran.

Sebanyak 107 kes (4.9 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di penjara yang membabitkan Kluster Tembok (103 kes), Kluster Penjara Seberang Perai (2 kes), Kluster Penjara Kepayan (1 kes) dan Kluster Penjara Sandakan (1 kes).


Perincian penuh jumlah kes mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1 dan 2.

Sehingga kini, terdapat 112 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 49 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Dukacita dimaklumkan terdapat pertambahan empat (4) kes kematian berkaitan COVID-19 pada hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 341 kes (0.6 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

sumber: KKM