Yang Boss KWSP nak jual aset tu dah kenapa? Soal Najib
ULASAN NAJIB: Boss KWSP menjelaskan kenapa kerajaan kurang berminat dengan pengeluaran wang pencarum dari KWSP pada masa krisis Covid :
Nombor 1. "KWSP akan terpaksa jual aset."
Kenyataan Boss KWSP hari ini |
Komen saya:
Seperti yang saya telah jawab dalam parlimen, aset yang perlu dijual KWSP cuma bon pinjaman kerajaan dengan kadar faedah tetap yang dipegang KWSP. Biasanya bon kerajaan ini membayar faedah antara 2% hingga 4% setahun.
Sebanyak 50% daripada jumlah aset RM940 bilion KWSP adalah dari kelas aset bon pinjaman ini. BNM boleh mengambil peranan untuk membeli sebahagian daripada bon kerajaan dipegang KWSP ini untuk mengurangkan impak kepada pasaran bon tempatan akibat penjualan oleh KWSP.
Seterusnya, BNM boleh jual semula bon ini ke pasaran bon tempatan secara bertingkat jika BNM tidak mahu pegangnya untuk tempoh yang lama.
Ataupun dijual balik kepada KWSP secara berperingkat sebab jumlah aset KWSP meningkat setiap bulan apabila majikan dan pekerja membuat caruman bulanan.
Kita tak suruh KWSP jual saham atau jual hartanah milik mereka pada harga murah. Cuma jual sebahagian daripada bon pinjaman kerajaan secara sementara untuk membayar mereka yang mahu keluarkan wang dari KWSP untuk menghadapi krisis.
Yang dia nak jual aset tu dah kenapa?
Nombor 2: "KWSP akan hilang peluang untuk melabur apabila wang dikeluarkan.”
Komen saya: KWSP perlu pertimbangkan kepentingan siapa yang lebih utama.
Ahi KWSP yang sedang lemas dan perlu dana lump sum untuk menyelesaikan masalah pada masa krisis Covid atau kehilangan KWSP untuk melabur?
Namun pada saya, kesejahteraan dan kelangsungan hidup ahli KWSP dan keluarga mereka merupakan pelaburan paling kritikal pada saat ini.
sumber: FB Najib Razak
Boss KWSP menjelaskan kenapa kerajaan kurang berminat dengan pengeluaran wang pencarum dari KWSP pada masa krisis Covid...
Posted by Najib Razak on Tuesday, 17 November 2020