Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Ahli dan penyokong PAS berhimpun depan ibupejabat PAS, gesa keluar dari PN


AHLI dan penyokong PAS berkumpul di hadapan pintu utama ibu pejabat parti itu di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur, hari ini bagi mendesak kepimpinan PAS supaya kekal dalam Muafakat Nasional (MN).

Menurut individu yang terbabit dengan program itu, pihaknya akan menyerahkan memorandum kepada pucuk pimpinan parti.
 
“Kita ingin menyampaikan suara akar umbi parti yang mahukan Umno kekal berada dalam MN dan menolak kerjasama bersama Bersatu.


“Kerana kita sudah selesa dan yakin dengan kekuatan yang dibina bersama dalam MN.

“Oleh itu kita akan berkumpul ini untuk membawa suara akar umbi kepada kepimpinan PAS, kita minta mereka dengar suara ahli bawahan ini,” katanya kepada Malaysiapost.

Sebelum ini PAS dan Umno menjalinkan kerjasama dengan membentuk MN selepas BN tewas dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).


Bagaimanapun hubungan PAS dengan Umno sedikit renggan apabila parti Islam itu mengambil keputusan menyertai Bersatu.

Malah, pemimpin PAS dilihat berpihak kepada Bersatu dalam beberapa isu membabitkan Umno dan parti serpihannya Bersatu.