Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

"Dengan Ku Li sudah, Atok bila nak kongsi pentas dengan saya?" sindir Najib


Bekas Perdana Menteri Dato Seri Najib Razak telah memberi respon terhadap pertemuan antara Tun Dr Mahathir dan juga Tengku Razaleigh pada petang tadi.

"Kit Siang dah, Anwar dah, Ku Li pun sudah. Atok bila nak kongsi pentas untuk buat sidang media bersama dengan saya?" sindir Najib ringkas di Facebook beliau.

Petang tadi, Mahathir, yang juga bekas perdana menteri, dan Tengku Razaleigh, bekas menteri kewangan, mengumumkan gandingan mereka pada sidang media di Yayasan Al-Bukhary di ibu negara petang tadi.


Mereka ingin menjalin kerjasama dan menawarkan khidmat mereka bagi menyelamatkan negara yang didakwa ditadbir kerajaan lemah.

Mahathir percaya pengalaman mereka dalam Kabinet, terutama ketika beliau menjadi perdana menteri selama 22 tahun sebelum ini, boleh dimanfaatkan untuk memajukan Malaysia.

Kit Siang dah, Anwar dah, Ku Li pun sudah. Atok bila nak kongsi pentas untuk buat sidang media bersama dengan saya?

Posted by Najib Razak on Sunday, 13 December 2020