Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Isu Vaksin Pfizer: Khairy ajak Kit Siang jumpa esok, tak kisah di mana


KUALA LUMPUR – Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin Abu Bakar mempelawa Lim Kit Siang hadir ke pejabatnya di Putrajaya atau beliau akan menemui di mana-mana lokasi Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu berada esok.

Dalam ciapan di Twitternya, Khairy Jamaluddin meminta Penasihat DAP itu menemuinya di MOSTI pada jam 1 tengah hari esok, selepas mesyuarat Kabinet dan berharap Kit Siang mempunyai masa untuk bertemu dengannya.

“Esok jam 1 tengah hari, sila datang ke pejabat saya di MOSTI. Saya akan jumpa YB (Kit Siang) selepas mesyuarat Kabinet.


“Atau saya sendiri pergi menemui YB di mana YB berada,” kata Khairy Jamaluddin.

Terdahulu, Kit Siang meminta penjelasan lebih lanjut mengenai kos Malaysia untuk membeli vaksin Pfizer Covid-19, berbanding dengan harga yang diumumkan Belgium.

Ini selepas Khairy Jamaluddin mendakwa tuduhan Kit Siang “tidak betul” bahawa Belgium membayar 20 kali lebih murah untuk vaksin Pfizer berbanding dengan negara ini.

“Berani Khairy mengatakan Malaysia mendapat vaksin Pfizer Covid-19 (pada) 10 kali lebih tinggi daripada Belgium, atau lebih baik lagi, bahawa Malaysia mendapat vaksin Pfizer Covid-19 lebih murah daripada Belgium?


“Apa itu?,” kata Kit Siang yang menegaskan pengiraannya berdasarkan kenyataan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin yang dilaporkan memperuntukan RM3 bilion untuk imunisasi 6.4 juta penduduk Malaysia.

“Tentunya, rakyat Malaysia berhak mendapatkan maklumat untuk perbandingan seperti itu, yang tidak terperangkap dengan klausa kerahsiaan yang harus dimeterai oleh kerajaan dengan pembuat ubat untuk membeli vaksin Covid-19 ?,” katanya.

Perbandingan Kit Siang dengan Belgium dibuat berdasarkan kenyataan oleh setiausaha negaranya, Eva De Bleeker, yang secara tidak sengaja mendedahkan bahawa negaranya membayar 12 euro (kira-kira RM60) bagi setiap dos untuk vaksin Pfizer Covid-19.


Memandangkan Malaysia mempunyai anggaran populasi 31 juta, peruntukan RM3 bilion yang diperuntukan membabitkan sekitar RM138 setiap seorang untuk vaksin sekitar 70 peratus penduduk negara ini.

Khairy Jamaluddin dalam respon kepada Kit Siang, menjelaskan bahawa peruntukan RM3 bilion adalah anggaran keseluruhan untuk pelbagai vaksin Covid-19, bukan hanya dari Pfizer, untuk mengimunisasi sekurang-kurangnya 70 peratus penduduk.
Katanya, beliau akan mendedahkan butiran lebih lanjut mengenai lima vaksin Covid-19 dalam senarai pembelian Malaysia pada sidang media esok.

“Selepas menandatangani perjanjian dengan COVAX, Pfizer & Astra Zeneca dan memuktamadkan perjanjian dengan Sinovac, CanSino & Gamaleya, kami akan mendapat vaksin untuk hampir 83% populasi kami dengan harga RM 2.05 bilion,” katanya.





Untuk menjawab persoalan Kit Siang, mengenai kumpulan pertama vaksin Pfizer Covid-19, Khairy Jamaluddin mengulangi bahawa penghantaran pertama dijadualkan pada Februari tahun depan, tertakluk kepada persetujuan peraturan dari Kementerian Kesihatan.

Secara keseluruhan, Khairy Jamaluddin juga mengatakan bahawa dia bersedia untuk memberi penjelasan kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen mengenai perincian perolehan berkaitan.


-Suara.Tv