Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

"Jangan ingat kami yang masih mencarum tidak perlu i-Sinar." luahan wanita ini undang sebak


Walaupun kerajaan membenarkan golongan yang terjejas mengeluarkan caruman KWSP mereka sebanyak RM10,000 melalui program i-Sinar, tetapi syarat-syarat dan kriteria yang diberikan oleh KWSP masih lagi memberi masalah kepada golongan yang diibaratkan "terlepas pandang" oleh kerajaan.

Puan Norashikin, dari Klang telah meluahkan perasaannya di dalam wawancara Live Facebook milik Dato Lokman Adam. Turut bersama Norashikin semasa program Live tersebut adalah suami dan juga 5 orang anaknya.

Menurut Norashikin, beliau sudah berkali-kali menghubungi KWSP dan menyatakan masalah yang dihadapinya, tetapi pihak KWSP tetap mengatakan beliau dan suami tidak layak untuk mengeluarkan i-Sinar kerana alasan masih aktif mencarum, ataupun masih bergaji.


Beliau mendedahkan walaupun masih menerima gaji, pendapatannya tidak sama seperti sebelum PKP dahulu. Sebelum PKP gaji beliau dan juga suaminya yang bekerja di pasaraya hanya di bawah RM2 ribu sahaja temasuk overtime dan komisyen.

Apabila mulanya PKP, walaupun masih bekerja, jualan di outlet yang mereka kerja telah jatuh merudum kerana tidak ada orang yang datang ke pasaraya ketika PKP. Oleh itu mereka hanya terima gaji "basic" malah ada juga yang gaji dipotong. Tiada lagi overtime dan juga komisyen.

Menurutnya Ashikin lagi, beliau tidak salahkan pihak majikan kerana faham majikan pun mengalami masalah kerugian.


Dengan nada yang sebak, beliau berharap pihak KWSP dan juga kerajaan buang segala syarat-syarat dan kriteria yang dikatakan sebagai mengarut dan menyusahkan rakyat yang sama golongan dengannya. 

Menurutnya lagi, ada kawan-kawannya (yang bekerja di pasaraya) yang sudah membuat pinjaman dengan Along kerana terdesak memerlukan wang.

Apa yang lebih memilukan, menurutnya ketika PKP gaji yang mereka dapat hanya sempat mereka pegang beberapa minit sahaja kerana kesemuanya habis digunakan untuk membayar pelbagai tanggungan dan hutang-piutang. 

-TunCarlos.com

video:


Saksikan juga video Live penuh wawancara di Facebook Lokman Adam:

sumber: FB Lokman Adam