Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

"Kali terakhir kami jumpa nenda Tun Rahah adalah pada 13 tahun lalu" -Datuk Fazley



KAMI amat terkesan dengan pemergian nenda. Kali terakhir berjumpa pun pada 13 tahun yang lalu.

Hanya itu yang mampu diungkapkan oleh penyanyi, Datuk Fazley Yaakob ketika hadir memberi penghormatan terakhir buat Allahyarhamah Tun Rahah Mohamed Noah.

Untuk rekod, isteri kepada Fazley, Azrene Soraya Abdul Aziz merupakan cucu tiri kepada Allahyarhamah.

” Arwah adalah pendukung kuat Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak) selama ini.”

” Kehilangan ini bukan sekadar buat keluarga Datuk Seri Najib tetapi juga mencetuskan kesan mendalam terhadap sejarah negara.


” Arwah juga individu yang memberi sumbangan besar dalam kekuatan keluarga dan setiap anak dibesarkan dengan baik sehingga menjadi pemimpin korporat.

“Kali terakhir berjumpa ialah pada 13 tahun yang lalu ketika saya berkahwin dengan Azrene.

“Pemergian Allahyarhamah Tun Rahah adalah satu kehilangan bukan sahaja buat keluarga kami, tetapi juga negara,” katanya.

Dato Fazley ketika ditemui wartawan ketika pengkebumian Tun Rahah

Azrene merupakan anak kepada Datin Seri Rosmah Mansor. Fazley bersama isterinya kira-kira pukul 9.30 pagi tadi.

Mengulas lanjut menurut Fazley, Allahyarhamah merupakan individu yang sangat kuat membesarkan keluarganya hinggakan setiap anaknya menjadi pemimpin. 

-SuaraMerdeka