Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Kartel Daging Haram : Najib persoal Mujahid, kenapa PH membisu lepas terima laporan sejak 2019?



ULASAN NAJIB: Cuba tengok tarikh artikel (berserta tarikh) sebelah kiri di bawah,


Ini bukti bahawa kerajaan PH sedar tentang isu kartel daging yang disyaki tidak halal sekurang-kurangnya sejak bulan November tahun lepas selepas media Asia Sentinel mendedahkannya.

Mujahid mengaku tak arahkan SPRM buat siasatan

Kerajaan pula "krik krik krik" lebih setahun sehingga semalam apabila Mujahid dedah SPRM tak ambil tindakan dan tak siasat masa itu.

Mujahid juga dakwa dia pernah lakukan siasatan dalaman tapi nampaknya hasil siasatan mereka tidak diumumkan kepada Rakyat dan masalah tidak diselesaikan sehingga media melaporkan wujudnya kartel daging ini minggu lepas.


Tiada laporan dan maklumat mengenai kartel ketika zaman BN

Masa saya Perdana Menteri, isu ini tidak timbul dalam media dan kerajaan juga tak pernah menerima apa-apa aduan/maklumat tentang isu ini walaupun media melaporkan kartel telah wujud sejak 40 tahun lalu.

Jika aduan diterima, sudah tentu kerajaan BN ambil tindakan tegas masa itu sebab ini isu berat.

Yang PH terima laporan tetapi korang membisu lebih setahun sebelum dedahkan SPRM di bawah lantikan politik PH tak ambil tindakan dah kenapa pula?


Masa itu, kenapa Salahudin Ayub sebagai Menteri PH tak tuntut RCI pula?

Yang SPRM bawah lantikan politik korang tak ambil tindakan dan korang membisu lebih setahun berhubung isu ini pula salah siapa?

sumber: FB Najib Razak

Cuba tengok tarikh artikel sebelah kiri. Ini bukti bahawa kerajaan PH sedar tentang isu kartel daging yang disyaki...

Posted by Najib Razak on Sunday, 27 December 2020