Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Kit Siang dakwa DAP tak pernah cadang ganti Anwar sebagai Ketua Pembangkang


Veteran DAP Lim Kit Siang bertemu dengan Presiden PKR Anwar Ibrahim pada hari Jumaat dan memberi jaminan kepimpinan DAP tidak pernah mencadangkan pertukaran ketua pembangkang parlimen.

MP Iskandar Puteri itu juga berkata dia terkejut dengan kenyataan terbaru Setiausaha Agung PH Saifuddin Nasution.

"Perlu digerakkan satu permulaan baru untuk proses pembangunan negara Malaysia dengan konsensus nasional yang baru... sekarang adalam masa bertindak untuk konsensus nasional baru," tambahnya.


Ini, kata Lim supaya Malaysia tidak terjerumus menjadi negara gagal seperti Zimbabwe atau Venezuela.

"Ada pihak yang tidak menginginkan konsensus nasional baru untuk Malaysia dan berusaha sedaya upaya untuk mensabotaj kelahirannya.

"Ketika saya bertemu dengan Ketua Pembangkang Parlimen, Anwar Ibrahim, pada hari Jumaat, saya meyakinkannya bahawa kepemimpinan DAP tidak pernah mencadangkan pertukaran ketua pembangkang, tetapi pembangkang perlu mengemukakan hala tuju baru yang memfokuskan untuk memperkuat dan menyatukan semua kekuatan pembangkang melalui konsensus nasional yang baru.

"Saya terkejut dengan kenyataan terbaru Setiausaha Agung Pakatan Harapan (Saifuddin Nasution) kerana dia mesti bercakap bagi ketiga-tiga parti dalam pakatan pembangkang dan bukan untuk satu parti politik sahaja," kata Lim pada satu kenyataan hari ini.


Ini berlaku setelah Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan presiden Amanah, Mohamad Sabu mengeluarkan kenyataan bersama berkata, Pakatan Harapan memerlukan penjajaran semula politik berikutan kegagalan mengundi Belanjawan 2021.

Mereka mengatakan hal itu menunjukkan tidak ada pertukaran sokongan daripada ahli parlimen Perikatan Nasional dan PH perlu berhenti membuang masa dengan mereka.

Sejak itu, beberapa pihak daripada Amanah mengetengahkan gagasan gabungan besar untuk menyatukan kembali pembangkang Malaysia.


Sementara itu, AMK Selangor berkata walaupun terbuka untuk membincangkan kemungkinan tersebut tetapi menegaskan menolak bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad ke dalam gabungan besar berkenaan.

Bagaimanapun, semalam Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail berkata dia percaya ketua pembangkang yang juga presiden partinya, Anwar  masih mampu mendapatkan nombor MP yang diperlukan bagi membentuk kerajaan baru.

Saifuddin berkata Anwar sentiasa memaklumkan perkembangan terkini mengenai perkara itu kepada kepimpinan tertinggi PH.





"Saya tidak bersedia berkongsi jumlahnya (SD). Saya tahu siapa yang kita jumpa, berapa yang kita dapat dan sebagainya," katanya.

Saifuddin juga berkata presiden PKR telah diberi mandat untuk mendapatkan jumlah sokongan bagi membentuk kerajaan dan tidak seharusnya dipersalahkan.

"PH telah calonkan Anwar (sebagai ketua pembangkang) untuk ambil semula mandat (kerajaan). Bukan dosa untuk seorang yang telah dicalonkan berusaha," katanya.

-MalaysiaKini