Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Mahathir dan Ku Li mahu bergabung selamatkan negara, dakwa kerajaan PN akan jatuh esok


PETALING JAYA: Veteran politik Dr Mahathir Mohamad dan Tengku Razaleigh Hamzah menjalin kerjasama dan menawarkan khidmat mereka bagi menyelamatkan negara yang didakwa ditadbir kerajaan lemah.

Mahathir, yang juga bekas perdana menteri, dan Tengku Razaleigh, bekas menteri kewangan, mengumumkan gandingan mereka pada sidang media di Yayasan Al-Bukhary di ibu negara petang tadi.

Dua ahli politik ini berseteru pada 1980-an ketika dalam UMNO, yang membawa kepada pengharaman parti Melayu itu dan penubuhan Semangat 46.


Mahathir percaya pengalaman mereka dalam Kabinet, terutama ketika beliau menjadi perdana menteri selama 22 tahun sebelum ini, boleh dimanfaatkan untuk memajukan Malaysia.

“Seperti kita tahu negara mengalami banyak masalah..sistem kerajaan pun tidak berjalan baik. Kerajaan hanya ada dua kelebihan dua undi sahaja. Ahli politik hanya jaga (kepentingan) politik untuk menjaga kedudukan mereka.

“Kami berpendapat supaya dasar memajukan negara diperkenalkan bukan untuk diri sendiri dan parti. Kami bincang untuk kerjasama…saya ada sedikit pengalaman, begitu juga Tengku Razaleigh yang boleh disumbang supaya negara kembali maju,” katanya.


Kerajaan PN mungkin akan jatuh pada esok

Kerajaan Perikatan Nasional (PN) sekali lagi berdepan kemungkinan akan jatuh sekali lagi jika pengundian kali ketiga Belanjawan 2021 gagal mendapat sokongan majoriti esok, kata Dr Mahathir Mohamad.

Menyatakan hal itu Mahathir berkata ahli parlimen perlu memikirkan kepentingan rakyat melebihi kepentingan sendiri atau jawatan kerana ketika ini rakyat sudah cukup marah kepada kerajaan.

Justeru bekas perdana menteri itu berkata dia dan Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah sedia menawarkan diri untuk membantu mengembalikan negara dan membantu rakyat.

Tengku Razaleigh juga mengesahkan dia tidak akan terlibat dalam pengundian belanjawan esok.

-MalaysiaKini/FMT