Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Najib dedah siapa lelaki di sebelah Jho Low, rupanya gambar tersebut bukan di atas Equanimity!!



GAMBAR bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor bergambar bersama Jho Low akhirnya dijelaskan.

Antara penjelasan yang diberikan adalah, gambar tersebut diambil bukanlah dalam kapal mewah Equanimity seperti didakwa sesetengah pihak.

Malah, gambar tersebut juga merupakan satu pertemuan antara beliau dengan seorang Putera Raja Arab Saudi iaitu anak kepada Raja Abdullah.


Najib juga mendedahkan bahawa beliau tidak pernah meminta untuk berjumpa atau menaiki kapal tersebut. Menurutnya beliau telah dijemput untuk berbincang dengan Putera Raja tersebut.

“Semalam, ada rakyat yang tanya kenapa saya tak muat naik gambar saya dengan Jho Low di atas kapal?

“Okay saya upload sekarang tapi nak tanya: Jika Raja Arab Saudi baru beritahu kamu dia nak buat joint-venture antara Arab Saudi dengan Malaysia melalui syarikat milik anak dia.

“Anak dia jemput kamu untuk naik kapal untuk bincang, adakah kamu akan sambut jemputan itu?”


Demikian kata Najib Razak menyoal kembali netizen mengenai jemputan yang diterimanya dalam satu kenyataan dimuatnaik menerusi Facebooknya hari ini.

Tambahnya, kewujudan Jho Low dalam gambar itu juga adalah selepas beliau menerima pelawaan Raja Abdullah untuk bertemunya.

"Ramai Raykat juga hanya nampak saya dengan Jho Low dalam gambar ini tapi entah kenapa pernah nampak individu di antara kita dan tak pernah tanya siapa dia."

"Individu itu adalah Putera ke-7 Raja Arab Saudi, Raja Abdullah. Dia putera yang paling disayang Raja Abdullah masa itu."


"Putera Turki juga adalah timbalan gabenor dan seterusnya, gabenor wilayah Riyadh - iaitu wilayah terbesar Arab Saudi. "

"Jika Raja Abdullah tak sayang Putera Turki, dia tak lantik Putera Turki jadi gabenor wilayah terbesar Arab Saudi yang mengandungi ibu kota Arab Saudi."

Menurut Najib, pertemuan dengan Raja Abdullah dan juga Putera Turki yang turut berada bersama baginda diadakan melalui Jho Low.

“Di sana, meeting kita yang sepatutnya 30 minit telah dilanjutkan ke 75 minit oleh Raja Abdullah.


“Baginda luahkan hasrat dia untuk memperluaskan kerjasama antara negara Arab Saudi dengan Malaysia termasuk untuk melahirkan syarikat joint-venture dalam pelbagai bidang.

“Lalu Putera Turki melalui Jho Low yang jemput saya naik kapal pada bulan Ogos untuk bincang hasrat ayahanda dia.

“Kapal itu bernama Alfa Nero. Ini bukan kapal Equanimity yang disalah sangka ramai.

"Saya pun pelik kenapa ramai percaya gambar Ogos 2009 itu adalah atas kapal Equanimity sedangkan kapal itu masa belum mula dibina dan hanya siap dan dilancar pada akhir tahun 2013." 



“Di atas kapal tersebut, kita bincang tentang kerjasama ekonomi antara kedua negara kita termasuk kerjasama antara syarikat petroleum milik dia PetroSaudi dengan 1MDB,” katanya.

Untuk rekod, 1MDB berjaya membuat keuntungan US$488 juta (RM1.76 bilion) hasil urusan perniagaannya dengan PetroSaudi, sebelum menamatkan hubungannya dengan syarikat tersebut pada 2012 dan berjaya mendapatkan kembali sepenuhnya wang pelaburan disamping membuat keuntungan.

-TunCarlos.com




Semalam, ada Raykat yang tanya kenapa saya tak muat naik gambar saya dengan Jho Low di atas kapal. Okay saya upload...

Posted by Najib Razak on Tuesday, 15 December 2020