Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Pembinaan ECRL kini melebihi sasaran asal -Tim Menteri Pengangkutan



Pembinaan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) terus mencatatkan kemajuan melebihi sasaran asal, kata Timbalan Menteri Pengangkutan Hasbi Habibollah.

Beliau berkata hingga 30 Nov lalu, pembinaan keseluruhan projek itu mencapai kemajuan sebenar pada 19.69 peratus berbanding jadual asal pada 18.78 peratus.

Katanya bagi Seksyen A dari Kota Bharu ke Dungun yang merangkumi pembinaan enam stesen iaitu Kota Bharu, Pasir Putih, Jerteh, Bandar Permaisuri, Kuala Terengganu dan Dungun, kemajuan kerja fizikal mencapai 0.27 peratus mendahului jadual.


Bagi Seksyen B dari Dungun ke Temerloh, sejak pembinaannya bersambung semula Julai tahun lepas, kemajuan kerja fizikal telah mencapai 7.54 peratus berbanding jadual 5.24 peratus, merangkumi kerja-kerja tanah dan pembinaan terowong di Dungun, Paka dan Kuantan.

“Kerja-kerja awalan bagi pembinaan terowong di Gambang, Sri Jaya, Gedung Siam dan Paya Pasir telah dimulakan,” katanya menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2021 di Dewan Negara hari ini.

Untuk Seksyen C dari Temerloh ke Pelabuhan Klang pula, beliau berkata kerajaan sedang mengkaji jajaran terbaik bagi memastikan ECRL memberi impak ekonomi yang maksimum apabila siap kelak.


Untuk rekod, pembinaan projek ECRL ini telah dibatalkan oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) sebelum ini kerana dendam politik. Ini adalah kerana Projek ECRL ini adalah ilham daripada Perdana Menteri terdahulu iaitu Dato Seri Najib Razak.

Najib Razak rasmikan majlis pecah tanah projek ECRL pada 2017 

Oleh kerana tertangguh begitu lama dan menerima desakan pelbagai pihak, kerajaan PH di bawah Tun Dr Mahathir telah melancarkan semula projek ini pada Julai 2019, dengan mengubah jajaran yang berbeza dari perjanjian asal. 

Pada Mac 2020, Kerajaan PH jatuh kerana perebuatan jawatan Perdana Menteri antara Tun Mahathir dan kem Anwar Ibrahim. DI bawah PN, projek ECRL kembali mengikut jajaran asal mengikut spesifikasi asal.





Projek naik taraf Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra

Mengenai status projek menaik taraf Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kelantan pula, Hasbi berkata projek yang dilaksanakan secara tender terbuka prakelayakan itu berada pada peringkat akhir penilaian tender dan dijangka selesai bulan ini.

“Pelantikan kontraktor dijadual awal tahun depan dan projek dijangka siap pada Disember 2023,” katanya.

Hasbi berkata lapangan terbang itu dijangka dapat menampung empat juta penumpang setahun iaitu peningkatan 2.5 juta penumpang berbanding kapasiti semasa iaitu 1.5 juta penumpang setahun sementara jumlah pesawat yang mendarat bertambah dari tiga kepada lapan pesawat jenis kod 4C, serta dari dua pesawat ATR 72 kepada tiga.

- Bernama/TunCarlos.com