Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Saarani angkat sumpah Menteri Besar, tambah seorang Exco dari Bersatu


Lima exco Perak yang pertama mengangkat sumpah jawatan hari ini.

Mereka termasuk empat daripada Umno - yang dikekalkan daripada pentadbiran lama - dan satu muka baru daripada Bersatu.

Empat exco yang dikekalkan ialah:


Mohd Zolkafly Harun (Lintang)
Rungkup (Shahrul Zaman Yahya)
Kampung Gajah (Wan Norashikin Wan Noordin)
Khairul Shahril Mohamed (Bota)



Muka baru daripada Bersatu yang dilantik ialah Zainol Fadzi Paharudin (Sungai Manek) (bawah).

Tugasan pertama menanti mereka ialah mesyuarat bagi menerima Belanjawan 2021 yang dirangka semasa pentadbiran Ahmad Faizal Azumu.


Sebelum itu, Saarani, yang juga pengerusi Umno Perak, mengangkat sumpah di depan Sultan Perak Sultan Nazrin Shah di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar hari ini.

Ini merupakan upacara angkat sumpah Menteri Besar ketiga sejak Pakatan Harapan menggantikan BN pada PRU 2018.

Sultan Nazrin dalam titahnya berkata perkara ini adalah cerminan kegagalan dalam kepimpinan.

Menurut baginda, istiadat kali ketiga yang mencatatkan sejarah baru itu tidak pernah berlaku dalam sesuatu penggal Dewan Undangan Negeri Perak sebelum ini.


-MalaysiaKini