TERKINI: Mahkamah akhirnya tolak dakwaan Najib terlibat dalam pembunuhan Altantuya
PUTRAJAYA: Pagi ini bekas Perdana Menteri Dato Seri Najib Razak ke Istana Kehakiman Putrajaya bagi mendengar semak semula kes bekas polis Unit Tindakan Khas (UTK), Azilah Hadzri yang telah dijatuhkan hukuman mati kerana membunuh seorang model Mongolia iaitu Altantuya Shaariibu.
Mahkmah telah menolak permohonan Azilah dengan alasan "disbelief" terhadap tuduhan Azilah yang cuba mengaitkan Najib melalui pengakuan bersumpahnya (SD).
Menurut peguam Najib, Tan Sri Shafee Abdullah, hakim berhujah Azilah tidak pernah membuat pengakuan ini sepanjang perbicaraan kes tersebut termasuk ketika di mahkamah rayuan. Kenapa baru sekarang Azilah membuat tuduhan ini?
Azilah dan Sirul Azhar Umar telah disabitkan dan dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 2009 atas pertuduhan membunuh Altantuya di Mukim Bukit Raja, Shah Alam antara pukul 10 malam, 19 Oktober dan 1 pagi keesokan harinya pada 2006.
Dengan penolakan mahkamah terhadap permohanan Azilah ini, maka kes ini sudah selesai kata TS Shafee.
Alhamdulillah. Ini satu kemenangan buat DS Najib dan seluruh pencinta kebenaran.
sumber: FB RF Lias