Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Tun Mahathir turut hadir beri penghormatan terakhir kepada Tun Rahah


KUALA LUMPUR: Bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad bersama isterinya, Dr Siti Hasmah Mohd Ali memberi penghormatan terakhir kepada Tun Rahah Mohamed Noah, ibu kepada perdana menteri keenam, Najib Razak.

Beliau tiba di Masjid Ar-Rahah, Kerinchi pada 9.05 pagi dan turut diiringi ahli keluarga lain, termasuk Mukhriz.

Menerusi gambar yang dikongsi oleh Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan pada akaun Twitternya hari ini, Datuk Seri Najib Tun Razak kelihatan berbicara sesuatu kepada Dr. Mahathir.


Kehadiran Ahli Parlimen Langkawi itu akhirnya menjawab persoalan warga net yang berteka-teki sejak semalam sama ada beliau akan memberi penghormatan terakhir kepada jenazah ibu Najib memandangkan hubungan dingin di antara dua bekas Perdana Menteri itu.

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah turut berkenaan berangkat untuk memberi penghormatan terakhir kepada allahyarhamah.

Turut kelihatan adalah pembesar dan kenamaan-kenamaan lain.





Juga hadir Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin dan Ahli Parlimen DAP – Yeo Bee Yin (Bakri), Teresa Kok (Seputeh) dan Young Syefura Othman (Ketari).

Sementara itu, cucu menantu Rahah, Fazley Yaakob berkata, neneknya pendukung kuat Najib ketika beliau menjadi perdana menteri.

“Arwah juga memberi sumbangan besar dalam kekuatan keluarga.

“Kami sekeluarga amat terkesan dengan pemergian nenda. Kali terakhir sempat bersua agak lama, di awal perkahwinan kami,” katanya.

Rahah, 87, yang dilaporkan meninggal dunia petang semalam, ketika menerima rawatan di Pusat Perubatan Prince Court, akan diberi penghormatan Istiadat Pengebumian Negara.

-MalaysiaGazette/FMT